Shasha menutup pintu rumah
perlahan-lahan. Berkerut wajahnya biarpun pintu tersebut langsung tidak
berkeriut. Sesekali dia memandang ke arah tangga dan ruang tamu untuk
memastikan tiada sesiapa. Benar. Rumah banglo mewah itu memang sunyi sepi
ketika itu. Mana tidaknya jam sudah pun melepasi angka 3.30 pagi.
Selesai menekan tombol,
Shasha mula menghala ke tangga. Tak perlu terjengket-jengket. Ini kan tahun
2004, normal la semua ini kan?Buat apa nak takut atau risau sangat kalau balik
pada waktu-waktu begini?Lagipun, ini kan KL bukannya kampung kan?Dan perkara
yang paling penting kepada siapa dia harus takut?Emak saudaranya?Tak mungkin.
Bapa saudara tirinya itu?Tak kan lah kut. Rayyan?Tak langsung!Orang gaji dan
pemandu pakciknya itu sila buat hal masing-masing ya. Oh ya!Sekadar peringatan.
Tiba di tingkat kedua
rumah banglo itu, Shasha mengatur langkah menuju ke biliknya. Sesekali bibirnya
menyanyi-nyanyi kecil lagu yang menjadi halwa telinganya ketika berada di kelab
malam tadi. Kaki mula melangkah masuk ke dalam bilik sebaik pintu mula dikuak.
Clutch yang sedari tadi digenggam dicampak ke atas katil sebaik
pintu ditutup. Shasha mula berlalu ke arah meja soleknya. Wajahnya dibelek buat
beberapa ketika.
“Kan cantik. Apa yang tak
kena?Kenapa si Rayyan tu jual mahal sangat?,” bisiknya seorang diri. Sesekali
jarinya menekan-nekan lembut bibir yang masih berwarna merah dioles lipstik
Revlon itu.
Puas meneliti wajah
sendiri di dalam cermin, Shasha melangkah beberapa tapak ke belakang. Matanya
kini membelek bentuk tubuh yang terserlah di dalam dress ketat separa lutut
yang dikenakan.
“Emm..tak sia-sia aku
habiskan duit untuk beli baju ni,” Shasha tersenyum sendirian apabila berpuas
hati dengan hasil yang terbias di dalam cermin. Berpuas dengan segala bentuk yang
dapat ditatap di dalam cermin itu, dia membawa diri ke katil dan menghempaskan
tubuhnya ke tilam yang empuk. Matanya tepat memandang ke siling yang berwarna
putih itu.
Penghawa dingin yang
menebarkan udara yang nyaman di dalam bilik tidak mampu membuatkan mata Shasha
dipejamkan. Apatah lagi dia sendiri tidak mempunyai niat sedemikian. Hanya satu
benda yang ligat bermain di dalam mindanya kini.
Mengenangkan kemungkinan
akan rancangannya yang bakal dilaksanakan nanti, membuatkan bibir Shasha mula
menguntumkan senyuman. Matanya mula mengerling ke arah jam di pergelangan
tangan.
“3.45. Orang cakap perkara
yang baik jangan ditangguhkan, kan?.”
Shasha bingkas bangun dari pembaringan. Hatinya kini sudah tekad. Walau apa
yang terjadi, malam ini dia ingin melakukannya. Berjaya atau tidak, itu tidak
penting. Setidak-tidaknya nanti, dia tidak akan menyesal kerana tidak pernah
mencuba langsung.
Pintu bilik yang tertutup
kemas kembali dibuka. Sempat matanya mencuri pandang ke arah bilik yang
bertentangan dengan biliknya. Pintu bilik tidur emak saudara dan bapa
saudaranya itu tertutup kemas. Sunyi sepi.
“Bagus. Ni lah
peluangnya,” bisik Shasha. Tangannya kembali menarik daun pintu perlahan-lahan
agar tidak mengganggu tidur emak saudara dan bapa saudaranya itu. Langkah kaki
diatur menuju ke arah anak tangga yang akan membawanya ke tingkat 3 rumah
banglo berkenaan.
Shasha mula memijak
perlahan-lahan anak tangga. Kali ini, dia mula menjengket. Risau kalau-kalau
tingkahnya itu akan membuatkan targetnya yang berada di tingkat 3 akan
dikejutkan. Perlahan-lahan, satu demi satu anak tangga didaki. Tiba di tingkat
itu, dia berhenti seketika untuk mengambil nafas. Dadanya mulai berdebar.
Namun, kakinya tetap
melangkah perlahan-lahan menuju ke salah sebuah bilik yang terdapat di sebelah
kiri. Tiba di depan bilik, debaran di dada semakin kuat. Shasha mula mengetap
bibir. Dia mula meramas-ramas tangan sendiri untuk memberikan dirinya keyakinan
dan menghalau jauh perasaan takut yang mula mneyerang.
“Janganlah kunci..,”
bisiknya perlahan sebaik tangan mula merayap memegang tombol pintu. Shasha mula
memulas tombol tersebut dengan cukup berhati-hati. Dia tidak ingin melakukan
sebarang kesilapan walaupun sekecil cuma. Yes!Hatinya bersorak meraikan
kejayaan pertama setelah mendapati pintu bilik berkenaan tidak berkunci.
Pintu bilik tersebut mula
dikuak perlahan-lahan. Bau lavender mula mencuit deria hidunya. Sekaligus
membuatkan bibir Shasha mula mengulumkan senyuman apabila terpandangkan sosok
tubuh Rayyan yang sedang berada di atas katil.
Pintu ditutup semula
dengan berhati-hati agar tidak mengganggu lelaki itu yang sedang nyenyak tidur.
Sebaik pintu ditutup, Shasha mula mengorak langkah ke katil dengan
perlahan-lahan. Bilik yang diterangi dengan cahaya lampu merah suram itu tidak
dapat menghalang pandangan mata Shasha dari terus memerhati raut wajah Rayyan
yang diam tidak berkutik. Wajahnya mula didekatkan kepada wajah Rayyan.
Tangannya mula naik untuk
menyentuh raut wajah tersebut. Ingin sekali rasanya menjamah wajah yang menjadi
pujaan hatinya itu. Namun jari jemari yang hampir mengenai kulit wajah Rayyan
terus terhenti sebaik teringatkan akan rancangannya. Shasha tidak ingin kalau
hanya dengan sentuhan itu akan membangunkan Rayyan dan sekaligus membuatkan
rancangan yang ingin direncanakan menjadi satu kegagalan lagi seperti
malam-malam sebelumnya.
‘Classless?Fine.
Alang-alang mandi biar masah. Nak menyeluk pekasam tu, not me okay!,” kening
Shasha terjongket sedikit ke atas. Tak kuasa lagi rasanya nak berperibahasa di
ketika ini. Apa yang penting, dia ingin melakukannya sesegera yang mungkin.
Zip dress dari jenama
Dorothy Perkins yang dihadiahkan oleh ibu saudaranya, mula ditarik
perlahan-lahan. Senyuman terus mekar di bibir Shasha sambil matanya tak lepas
dari memandang Rayyan.
Dress yang tidak berlengan
itu memudahkan kerja Shasha. Hanya dengan sekali tarik, dress yang tadinya
menyaluti tubuh langsing Shasha, terus melurut jatuh ke atas permaidani gebu
yang terhampar di dalam bilik anak teruna Tan Sri Rashid itu.
“I’m coming baby..,” getus
Shasha seakan-akan Rayyan mendengari apa yang sedang diperkatannya ketika itu.
Kakinya mula melangkah menaiki katil. Perlahan-lahan, Shasha menyusup masuk ke
dalam selimut yang menyelimuti tubuh Rayyan. Tubuhnya dibawa dekat kepada
lelaki itu.
“Selepas ni, you akan jadi
milik I sayang,” bisik Shasha dengan mata yang terus galak menatap seraut wajah
tenang Rayyan.
“Emm..nope!Bukan selepas
ni..itu dah lama sangatkan?Esok. Macam mana dengan esok?Esok juga you akan jadi
milik I and I akan jadi milik you. How about that?I like!,” Shasha terus
mengomel sendirian di atas katil.
Selimut terus ditarik agar
menutup tubuhnya yang hanya dilitupi dengan pakaian dalam. Itulah rancangannya.
Mana ada kucing yang nak tolak ikan kan?Mana ada buaya yang nak tolak
bangkai?Wait!Ada ke peribahasa tu?Ah!Lantaklah!Shasha terus mengulumkan
senyuman. Tidak sabar menanti hari esok yang bakal merubah status dirinya
kelak.
Suasana pagi itu di rumah
banglo mewah milik Tan Sri Rashid agak berbeza. Masing-masing yang berada di
ruang tamu membatukan diri. Hanya sesekali esakan Shasha kembali kedengaran.
Makcik Bibah dan Pakcik
Husin yang berada di dapur juga turut mendiamkan diri sedari tadi. Hanya
sekadar keluhan panjang yang dilepaskan oleh Makcik Bibah apabila mengenangkan
kembali peristiwa Subuh tadi.
“Sudahlah. Tak baik awak
mengeluh macam tu Bibah. Benda dah jadi..,” tegur Pakcik Husin.
“Saya tak percaya bang
yang budak Rayyan tu akan buat macam tu. Saya tahulah. Saya yang jaganya selama
ni,” tutur Makcik Bibah dengan nada emosi. Baginya sebelum perginya Puan Sri
Fatima untuk selama-lamanya, bahkan selepas kematian umi Rayyan itu pun, anak
Cik Puannya itu adalah anaknya juga. Dia dan Puan Sri Fatima yang sama-sama
mendidik anak muda itu. Mana mungkin sekarang ni Rayyan boleh melakukan kerja
yang dilarang oleh agama Islam itu?
“Ingat ya Kak Bibah. Kalau
terjadi apa-apa kat saya, akak tolong jaga Rayyan. Hanya akak yang saya
percaya.”
Pesanan yang pernah
dititipkan oleh arwah umi Rayyan itu mula menghasilkan air di dalam kolam mata
Makcik Bibah. Pakcik Husin yang menyedari terus mendiamkan diri. Tidak ingin
lagi meneruskan kata-kata yang mungkin akan terus mengguris perasaan isteri
yang dikasihi.
Di ruang tamu, Rayyan
merenung tajam ke arah Shasha yang sedang ditenangkan oleh ibu tirinya.
“Sabarlah Sha. Abang?,”
Puan Sri Harlina memandang kepada suaminya yang masih diam seribu bahasa.
Tan Sri Rahid menghela
nafas. Pandangannya mulai berubah dari Shasha yang asyik menangis kepada anak
lelakinya yang turut berada di ruang tamu itu.
“Kalau dah suka sama suka,
kenapa nak jadi macam ni pula?Aunty nak Rayyan bertanggung jawab ke atas
Shasha. Tak kan lepas habis madu sepahnya dibuang macam tu je?,” hujah Puan Sri
Harlina. Dia menjeling suaminya yang baru hendak membuka mulut. Lambat sangat
nak tunggu orang tua tu buka mulut!
“Tak pe la aunty. Sha tak
nak nak kalau..,” Shasha meneruskan lakonannya. Sempat lagi di dalam hatinya
memuji peribahasa yang digunakan oleh emak saudaranya itu.
“Mana boleh macam tu!,”
suara Puan Sri Harlina mula meninggi. Sudah lama peluang keemasan ini
ditunggu-tunggu olehnya dan akhirnya peluang itu sudah pun terhasil melalui
usahanya dan Shasha selama ini.
“Tapi Sha tak nak kalau
kita paksa Rayyan, aunty,” Shasha meneruskan lakonannya yang hanya dapat
difahami oleh ibu saudaranya itu.
“Apa pula paksa?Dah memang
suka sama suka kan?Betul tak Rayyan apa yang aunty cakap ni?Abang?,” sekali
lagi Puan Sri Harlina menoleh ke arah suaminya.
“Rayyan, Babah fikir....”
“Tunggu dulu Ba. You...,” Rayyan menuding ke arah Shasha. Shasha yang
sedari tadi asyik teresak-esak mula menghentikan esakannya. Matanya turut
memandang ke arah Rayyan.
“Apa cerita mengarut you
tu?You cakap I dah memang tunggu you kat sini semalam kan?Then, kita pergi
terus ke bilik I kan?,” Rayyan mengangkat keningnya kepada Shasha.
“Er..emm...,” kepala
Shasha mula mengangguk. Itulah cerita versinya yang diberitahu kepada Tan Sri
Rashid pagi ini.
“Lepas masuk bilik kita
pun berseronok, gitu?Sampailah you tertidur kat bilik I dan bila Subuh tadi,
Makcik Bibah datang nak kejutkan I dan jumpa you dalam bilik, kan?,” Rayyan
melepaskan soalan lagi.
“Betulkan Sha?Nak soal apa
laginya Rayyan?Dah memang sah-sah Shasha ada dalam bilik kamu kan?Dari semalam
sampai ke Subuh tadi. Mustahil tak terjadi apa-apa antara kamu berdua. Mana ada
kucing yang tak sentuh ikan kalau dah ada depan mata,” Puan Sri tersenyum
sinis. Kali ini, anak tirinya itu tidak dapat melarikan diri lagi.
“Kita kena selidik
betul-betul dulu. Tak boleh nak salahkan Rayyan seorang dalam hal ni. Tepuk
sebelah tangan tak kan berbunyi,” Tan Sri Rashid turut meluahkan pandangannya.
Nafasnya kembali dihela. Terasa kusut pemikirannya ketika ini dengan masalah
yang timbul.
Rayyan menganggukkan
kepalanya. Di dalam hati dia bersyukur dengan kepercayaan yang masih ada
untuknya di dalam hati Babahnya itu.
“I bagi peluang kat you
Sha. Ada apa-apa lagi yang you nak tambah untuk cerita drama you tu?,” Rayyan
memandang ke arah Shasha dan ibu tirinya silih berganti.
Puan Sri Harlina
mengerling kepada Shasha. Anak saudaranya itu hanya menggelengkan kepala.
Tan Sri Rashid yang
bertindak sebagai pemerhati menantikan kata-kata yang ingin dilontarkan oleh
anak bujangnya itu.
“Nak tanya apa lagi?Khawin
je terus!Kan senang?,” tukas Puan Sri Harlina.
“Senang untuk siapa?Untuk Aunty?Atau untuk Sha?,” Rayyan tersenyum sinis.
Kepalanya digeleng perlahan. Ada hati dua orang wanita itu ingin
perangkapnya?Benarlah kata-kata madah pujangga, dalam kepandaian seseorang itu,
kadang-kadang akan terserlah juga kebodohannya.
Mujur saja, sejak Subuh
tadi dia dilihat oleh Makcik Bibah bersama-sama Shasha yang tiba-tiba sudah
berada sekatil dengannya, dia sudah mendapat akal untuk berdepan dengan situasi
yang sudah boleh diduga itu. Itu pun setelah jenuh memikir. Dia tidak rela
mengahwini perempuan seperti Shasha. Apatah lagi untuk satu kesalahan yang tak
pernah dilakukan oleh dirinya.
“Rayyan..,” meleret suara
Tan Sri Rashid menegur percakapan anaknya. Setidak-tidaknya, Puan Sri Harlina
perlu dihormati di depan dirinya.
“Abang tengoklah
tu..tengok perangai anak abang tu. Bukan main lagi mulutnya kalau bercakap. Sudahlah buat salah tapi tak nak
mengaku. Ada hati lagi nak...”
“Siapa?Siapa yang buat
salah sekarang ni?,” Rayyan yang tidak dapat lagi membendung rasa sabarnya
mulai bangun. Matanya cerlung memandang ibu tirinya dan Shasha silih berganti.
Shasha yang mula dipagut ketakutakan mula memaut lengan emak saudaranya.
“Oh!Sebab dia ada dalam
bilik saya, jadi sayalah yang kena bertanggungjawab?Macam tu?Kalau saya ada
dalam bilik aunty?.” Tersentak Puan Sri Harlina dengan soalan yang tidak diduga
itu.
“Rayyan!.”
Tan Sri Rashid turut berdiri. Dia tidak menyangka akan mendengar perkara
sebegitu akan lahir dari bibir anaknya sendiri.
“I’m sorry Ba tapi Rayyan
tak kan khawin dengan perempuan murah macam ni. Never!,” Rayyan memandang
kepada bapanya. Perempuan jenis apa Shasha tu kalau sanggup berkeadaan
sedemikian rupa ketika berada di atas katil dengannya semalam?Entah bila
perempuan itu menyeludup masuk ke biliknya dia tidak sedar. Apa yang dikesalkan
ialah kesilapannya sendiri yang terlupa untuk mengunci pintu bilik.
Tan Sri Rashid terjeda.
Bab khawin ni bukannya satu perkara yang boleh dibuat main-main. Kalau empunya
diri tidak mahu tak kan hendak dipaksa?Tapi Shasha macam mana?
“Habis tu siapa yang nak
bertanggungjawab kat Shasha ni?Senang kan?Lepas dah berseronok...”
“Seronok?Semalam?I dah
bagi peluang kat you Sha so lepas ni you jangan nak berdolak-dalih lagi,”
Rayyan menuding ke arah Shasha yang diam tidak berkutik.
“Ba, kalau betul Rayyan
tunggu dia kat sini dan bawa dia terus masuk ke bilik Rayyan, mana perginya
barang-barang dia yang lain?Mana perginya beg tangan dia ke?Whatever la benda
yang dia selalu bawa bila nak keluar. Mana?,” Rayyan memandang ke arah ayahnya.
Tan Sri Rashid menghela
nafas. Punggungnya kembali dilabuhkan ke sofa. Di dalam hati, dia akui timbul
sedikit kelegaan. Bersyukur kerana anaknya itu masih tidak melepasi batasan
agama. Matanya mula memandang ke arah Shasha yang tidak lagi bersuara.
Gulp!Shasha menelan air
liur. Tak guna!Clutch hitam hadiah sempena hari lahirnya dari ibu saudaranya
itu bukankah berada di dalam biliknya semalam?
“Shasha..,” Tan Sri Rashid
mula memanggil. Kelihatan anak saudara kepada isterinya hanya menundukkan kepala.
Tidak menoleh kepadanya. Shasha yang duduk bersebelahan dengan ibu saudaranya
itu tidak berani menanggapi pandangan dari Tan Sri Rashid.
Puan Sri Harlina tertawa
sinis. Bab itu yang hendak ditimbulkan oleh anak tirinya itu?
“Kalau dah tuannya ada dalam
bilik tu, mestilah beg ke atau barang-barang yang lain pun ada kat dalam tu
juga. Macam baju Shasha ni..,” sinis Puan Sri Harlina sambil menjeling.
Bukannya dia tak perasan akan dress Shasha yang terdapat di atas permaidani
bilik anak tirinya itu pagi tadi. Dia sendiri tidak menyangka perkara yang
diharap-harapkan akhirnya terlaksana juga apabila mendengar kecoh pagi tadi.
Mujur juga adanya Pakcik
Husin yang bertindak menenangkan anak tirinya itu. Kalau tidak, mesti teruk
anak saudaranya itu dikerjakan oleh Rayyan yang berang apabila terjaga dari
tidurnya pagi tadi setelah didatangi Makcik Bibah.
“Jawablah. Kenapa nak
diam?Cakap kat aunty kesayangan you ni, mana perginya beg you tu?Ada ke dalam
bilik I?,” Rayyan mengerling kepaada ayahnya yang turut memandang kepada ibu
saudara dan anak saudara itu.
“Ada kan Sha?Mesti ada
dalam bilik Rayyan kan?,” soal Puan Sri Harlina girang sambil memegang bahu
Shasha. Ala, tak kan la benda sekecil tu yang nak dirisaukan?
“Shasha?Hal ni bukannya
benda mainan. Jangan sampai Uncle..”
Kepala Shasha menggeleng lemah. Hatinya mula gerun memikirkan kata-kata
yang ingin dilontarkan oleh bapa saudaranya itu. Pelbagai telahan dan
kemungkinan yang menyerang fikirannya sekarang. Dia tidak ingin kehilangan
kemewahan yang dikecapinya sekarang ini.
“Macam mana nak ada kalau
dah berbohong?Kalau betul cerita Shasha, Rayyan tunggu dia kat sini dan bawa
terus dia ke bilik, mesti semua barang-barang dia ada sekali kan?Tapi sayang,
dalam kelam kabut tu you terlupa satu benda. Terlupa nak fikir mana logiknya
cerita you tu kan?Kalau macam tu je, senang la jawabnya. Masuk bilik je terus
kena khawin. What a life!,” Rayyan tertawa kecil. Sekadar nak sakitkan hati
emak tirinya yang wajahnya sudah merah padam.
Tanpa menunggu sebarang
kata dari sesiapa pun, Rayyan berlalu ke dapur. Perutnya mula berkocak.
“Alhamdulillah,” getusnya
perlahan sambil terus mengatur langkah. Kali ini, dia terlepas lagi dari
perangkap durjana Shasha yang tak pernah jemu untuk mendapatkannya. Harapnya di
masa akan datang pun Allah akan sentiasa ada bersama dengannya untuk menangkis
perempuan seperti Shasha itu.
Di ruang tamu, Tan Sri
Rashid masih berjaya mengawal kemarahannya.
“Apa yang tak cukup lagi Sha?Agaknya kehidupan kat KL ni tak sesuai untuk
Sha kan?,” Tan Sri Rashid mula bersuara. Matanya mengerling ke arah isterinya.
“S..Saya tak tahu apa-apa
bang. Sumpah!Sha, apa nak jadi dengan Sha ni hah?!Aunty ni pun dah terpedaya
dengan tipu helah Sha. Tak sangka aunty boleh tuduh budak yang baik macam
Rayyan tu sampai macam tu sekali. Syukurlah semuanya dah terdedah,” Puan Sri
Harlina menjeling kepada anak saudaranya itu.
“Sha tak nak Uncle kalau
kena balik kampung. Sha nak tinggal kat sini dengan Aunty dan juga Uncle.
Sumpah!Sha tak kan buat lagi. Tak kan!,” Shasha kembali berair mata. Kali ini,
jujur. Takut kalau Tan Sri Rashid tidak ingin lagi menanggung dirinya dan yang
lebih takut, kalau dia perlu pulang ke kampung. Meninggalkan segala kemewahan
yang dirasainya selama 3 tahun ini.
“Kalau benda macam ni
berulang lagi, ingat Sha!Awak pun Lina..,” ujar Tan Sri Rashid dengan nada yang
keras sebelum bangun meninggalkan ruang
tamu itu. Melihatkan suaminya yang sudah menghilangkan diri menaiki anak
tangga, Puan Sri Harlina menoleh kepada Shasha yang duduk di sisi kirinya.
“Bodoh!Benda yang macam tu
pun tak boleh nak handle?!,” desisnya perlahan. Shasha hanya mampu membatukan
diri.
PADAN MUKA BILA RAYYAN NAK JUMPA MISS SLEEPING UGLY LAMA LAGI KAK
ReplyDelete.
soon, hehe..thanks ya sudi komen lagi cite ni, luv u ;-)
ReplyDeletetake that Shasha!
ReplyDelete