Puas membuang pandangan ke luar tingkap bilik pejabatnya memerhati
pergerakan trafik di jalan-jalan yang berselirat di tengah-tengah bandar Kuala
Lumpur, Rayyan melangkah menuju ke kerusi dan mengambil tempat di situ. Raut
wajah Puteri yang datang bertamu membuatkan Rayyan pantas mencapai I-Phone
miliknya yang terletak di atas meja.
Belum pun sempat hendak
membuat panggilan, gadjetnya terlebih dahulu berbunyi menandakan adanya pesanan
ringkas yang baru diterima.
‘Sorry sayang. I ada photoshoot hari ni. Tak jadi nak lunch sama-sama
dengan you. Next time ya?’.
Pesanan itu dibaca
perlahan dengan nada yang kecewa. Hasrat yang baru ingin diluahkan nampaknya
sudah pun diberikan jawapan awal oleh Puteri. Bunyi suara dari interkom menarik
perhatian Rayyan.
“Encik, sebentar lagi kita
akan ada mesyuarat bersama-sama dengan Tan Sri. Ada apa-apa ke yang mungkin cik
perlukan?.” Suara Cat, setiausahanya kedengaran jelas di talian.
“Hmm..tolong bawakan saya
fail urusan jual beli tanah dengan AZ & Co and by the way Cat, pukul berapa
ya meeting tu?,” soal Rayyan cuak. Maklumlah, ini adalah hari pertamanya
bekerja. Jadi, dia tidak ingin kalau prestasinya hanya akan menghampakan
harapan babahnya nanti.
“Pukul 11 nanti Encik
Rayyan.”
“Emm..ok. Jangan lupa
bawakan saya fail tu ya,” sekali lagi Rayyan memperingati setiausahanya itu.
“Ya, baiklah. Ada apa-apa
lagi yang Encik Rayyan perlukan?.”
“No. Thanks!.” Satu butang
ditekan bagi menamatkan perbualan mereka. Keluhan kecil dilepaskan sebaik
menyandarkan kepalanya di kerusi. Sudahlah dia tidak dapat makan tengah hari
dengan Puteri, sekarang dapat berita yang dia kena bermesyuarat dengan bababnya
nanti. Cantiklah tu!
Beberapa minit menunggu,
akhirnya kedengaran bunyi ketukan di pintu.
“Masuk!,” Rayyan membuka mulutnya. Ish!Kalau ya pun tak jadi jumpa Puteri,
kawallah sikit diri kau bro!. Rayyan berdehem sekali dua bagi menenangkan
dirinya sendiri. Sebaik pintu dikuak, kelihatan Cat yang mengenakan kemeja
berlengan pendek merah jambu yang dipadankan dengan skirt pendek paras lutut
berwarna hitam melangkah masuk dengan fail di tangan.
“Selamat pagi Encik
Rayyan. Ini fail berkenaan urusan pembelian tanah bersama-sama dengan AZ &
Co,” ujar Cat seraya meletakkan sebuah fail di atas meja. Rayyan mula mencapai fail berwarna hitam itu
dan mula menyingkap untuk mengetahui isi-isi penting yang sebelum ini hanya
didengar dari mulut babahnya sahaja berkaitan usahasama dengan AZ & Co yang
sedang diusahakan agar dapat direalisasikan menjadi satu kenyataan.
Kelibat Cat yang masih
setia berdiri di depan mejanya membuatkan Rayyan mula mendongakkan kepalanya.
“Yes?Anything else?.” Nak
buat kerja pun tak senang!Kenapa perempuan ni asyik memandang kepadanya?Ada
apa-apa yang tak kena ke?Tahulah aku ni kategori yang boleh tahan juga. Bukan
perasan tapi fakta. Ya, satu fakta dan hakikat kerana Rayyan Zikri memang
mempunyai darah Inggeris dari sebelah arwah ibunya. Arwah datuknya sendiri
seorang yang berbangsa Inggeris sebelum bertemu dengan arwah neneknya. Jatuh
cinta, memeluk Islam dan kemudiannya berkhawin. Hasil perkhawinan itu, lahirlah
ibunya yang kemudian berkhawin pula dengan babahnya. Syarikat Zikri Holding
yang mengusahakan bidang perniagaan hartanah dan pembangunan yang dimulakan
oleh arwah datuknya itu kini diwarisi dan diterajui oleh babahnya, Tan Sri
Rashid.
“Emm..saya ada bawakan
sesuatu and I guess mesti Encik Rayyan akan suka,” tutur Cat dengan senyum
simpulnya.
“Really?Apa ya agaknya?.”
Rayyan memerhati sesuatu yang sedang dipeluk oleh setiausahanya itu.
Jangan-jangan sebuah fail lagi?Cantik!Bertambah kerjanya di hari pertama kan?
“Ini..saya keluar dulu dan
jangan lupa meeting tu, pukul 11 nanti,” ujar Cat sambil meletakkan sebuah
majalah ke atas meja. Sempat lagi bibirnya mengingatkan perihal mensyuarat yang
bakal berlangsung kelak sebelum melangkah meninggalkan ruangan pejabat anak
lelaki Tan Sri Rashid itu.
Majalah yang diletakkan di
atas meja mula dicapai sebaik fail AZ & Co diletakkan. Muka hadapan majalah
Fabuloustar itu ditatap dengan senyuman yang mula menghiasi raut wajah yang
sedarinya serius.
“Puteri..cantik!,” bibir
Rayyan mula memuji kecantikan buah hatinya yang terpampang di muka depan
majalah fesyen itu. Kepalanya menggeleng perlahan bagaikan tidak percaya dengan
apa yang berada di tangannya kini. Ya, buah hati kesayangannya itu menjadi
gadis penghias muka depan untuk majalah fesyen tersebut pada bulan itu.
Jari-jemari Rayyan mula
naik mengusap gambar berkenaan dengan senyuman yang masih tidak lekang dari
bibirnya. Walaupun tidak dapat bersua muka tengah hari ini, kini hatinya yang
kecewa terubat dengan adanya gambar Puteri yang dirindui itu di depan mata.
Rayyan terus melirik
memerhati sosok tubuh Puteri yang mengenakan dress separa lutut itu. Wajah
kekasih hatinya itu kelihatan cukup gembira dan berseri-seri di dalam gambar
berkenaan. Melihat senyuman kekasih hatinya itu, senyuman Rayyan turut
bertambah mekar. Hilang niatnya yang
ingin meneliti butir-butir perihal AZ & Co sebentar tadi sebaik menatap
majalah yang kini sudah berada di dalam genggamannya.
Sesuatu yang terlintas
membuatkan Rayyan bagaikan tersentak dari angan-angannya. Mimpi indahnya untuk
bersama-sama membina mahligai cinta dengan Puteri terasa direnggut pergi.
Gambar kekasih hatinya itu ditatap dalam-dalam. Pelbagai telahan yang tidak
dieenak terasa cuba memenuhi ruang fikirannya kini.
“Would you marry me
Puteri?.” Soalan dilepaskan kepada gambar yang bisu. Majalah itu dilepaskan
semula ke meja tapi bebola matanya masih lagi setia menatap muka depan majalah
fesyen itu.
“You akan khawin dengan I
kan Put?.” Rayyan melepaskan soalan itu kepada siling pula sebaik menyandarkan
kepalanya ke kerusi. Ish!Angau teruk betul kau ni Rayyan!Apa susah?Ajak je la
dia khawin. Dia kan sayang kat kau jugakan?Tapi kenapa hatinya terasa
semacam?Ah!Perasaan je tu agaknya. Rayyan meraup muka dengan kedua tapak
tangannya. Dia perlu bertenang untuk menghadapi mesyuarat pertamanya nanti.
best nak lagi.
ReplyDeletetq baby mio..luv u;-)
ReplyDeleteBila nk smbung?
ReplyDeletedah sambung pun lyna;-) tq sudi menyokong..
ReplyDeletehurm.. hurm..*angguk2* rasa cam hurm.. hurm.. hahaha
ReplyDelete