Friday, 27 December 2013

ISTERI AKU SLEEPING UGLY?! 16


Terkebil-kebil mata Hana memandang bangunan tinggi yang tersergam di depannya sebaik melangkah turun daripada teksi. Pagi itu dia buat keputusan untuk datang sendiri kerana tidak ingin menyusahkan kawan baiknya itu.
            “Ingat!Nanti pergi ke tingkat 16 ya.”
Peringatan daripada Ika semalam kembali terngiang-ngiang. Jam di pergelangan tangan yang hampir ke pukul 8.30 pagi membuatkan Hana mula mengatur langkah dengan debaran di hati.
            “Entah kerja apa la yang Ika tu bagi kat aku,” gumam Hana. Dia yang masih tidak tahu menahu perihal kerja yang dijanjikan oleh Ika hanya mengikut kehendak kawan baiknya itu untuk datang ke situ. Kakinya terhenti sebaik memijak ke dalam bangunan yang kelihatan serba serbi cukup moden dari segi perabot dan juga susun aturnya. Cahaya lampu kuning malap yang menyimbah ke lantai dan beberapa ruangan yang kelihatan seperti ruang lobi hotel terpamer jelas di depan mata. Bunyi air pancur dari sebuah ornamen di salah satu sudut menarik perhatian Hana. Terasa kini dirinya seakan-akan berada di sebuah hotel mewah.
            Melihatkan pintu lif yang hampir tertutup, Hana mula berlari-lari anak. Kain baju kurungnya diangkat sedikit agar memudahkan pergerakan.
            “Tunggu!,” Hana mula melaung apabila dirasakan tidak sempat untuk tiba sebelum pintu lif tersebut tertutup sepenuhnya. Kelihatan sebelah tangan yang menghalang di muka pintu lif sebaik mendengarkan suaranya.
            “Terima kasih cik,” ucap Hana sebaik tiba di dalam perut lif.  Sempat dia mengerling sekilas kepada lelaki yang menolongnya sebentar tadi.      
            “Hmm..,” terdengar suara lelaki itu yang menggumam. Dia yang sedang membelek surat khabar tidak mengambil berat ucapan yang diberikan oleh gadis berkenaan. Bukan besar sangat pertolongannya tadi kan?
            Punat yang ditekan telah membawa Hana ke tingkat yang sepatutnya di bangunan yang setinggi 25 tingkat itu. Dia yang sudah melangkah keluar mula memandang ke kiri dan kanan yang sunyi. Langkah mula diatur perlahan-lahan untuk mencari kaunter pertanyaan.
            Sebuah papan tanda yang terlekat di dinding membuatkan langkah Hana terhenti. Nama yang tertera di atas papan tanda berkenaan mula dibaca.
            “Fabuloustar?!,” dia terjerit kecil. Sebelah tangan mula naik menekup mulut sendiri. Ish!Agak-agak la si Ika ni pun kalau nak bergurau. Tak kan lah aku nak bekerja kat sini kut?
            Hana mula menghala semula ke arah lif. Langkahnya kini persis seperti salah seorang peserta lumba jalan kaki. Tak kan lah khidmat orang sepertinya diperlukan di syarikat penerbitan majalah fesyen tu?Ika ni mesti nak bergurau kan?Lainlah kalau Ika yang memang ada butik sendiri. Dia yang selalu mengikuti perkembangan fesyen semua ini dari zaman belajar lagi. Bukannya aku!
            Telefon yang berbunyi mematikan aturan langkah Hana. Sebaik skrin disentuh, terus gadjet itu didekatkan di telinga setelah melihat nama yang tertera.
            “Helo Hana,” meleret manja suara Ika di hujung talian.        
“Helo Ika. Agak-agaklah sikit kalau nak bergurau. Saya nak buat kerja apa kat sini?,” Hana terus menyembur sebaik mendengar suara Ika. Geramnya!
            “Sabarlah. Ish!Ish!Ish!Salam pun tak bagi ya?.” Kedengaran suara tawa kecil dari Ika. Hana mula melepaskan keluhan.
            “Itulah kerjanya. Awak dah masuk ke belum ni?Dah jumpa...”
            “Tak. Saya tak masuk lagi. Tak naklah!,” sahut Hana. Rasa macam nak menyerahkan lehernya untuk disembelih secara percuma je kalau dia masuk ke dalam syarikat berkenaan.
            “La..kenapa tak masuk lagi?Apa yang tak naknya?Tak bahayalah tempat tu,” sempat lagi Ika bergurau kepada kawan baiknya.
            “Gila tak bahaya?!Awak pun tahukan saya macam mana. Tak pandailah semua ni. Lagi satu awak pun tak cakap saya kena buat kerja apa kan?Tak nak lah!.” Hana sekali lagi menyatakan pendiriannya. Tak nak, tak nak tapi kakinya masih lagi terpaku di situ!
            “Tak cuba lagi tapi dah cakap tak pandai?Mana awak tahu?Sekarang ni saya nak awak pergi masuk. Kawan saya dah tunggu awak kat dalam sana. Pergi masuk ok?Nanti awak tahulah apa kerja awak. Please, please....I love you!.”
            “Helo?Helo?Ika?Ika!.” Hana menjerit geram sebaik menyedari panggilan telah pun diputuskan oleh kawan baiknya itu setelah memandang ke skrin. Gambar Ika yang tertera di skrin diketuk geram beberapa kali dengan jari telunjuknya.
            “Ika ni...,” desisnya perlahan. Hana mula mengetap bibir. Dipandangnya lif yang hanya tinggal beberapa langkah sahaja dari tempatnya berdiri. Di sisi kanannya, sebuah pintu kaca yang tertutup juga turut kelihatan. Apa yang tinggal kini, adalah keputusannya.
            “Nak pergi ke tak?,” bisik Hana seorang diri. Dalam tak sedar, keluhan mula dilepaskan. Kenapa hidupnya dirasakan begitu sukar?Ingatkan dulu waktu zaman belajar, bila dah tamat belajar boleh lepaskan diri dari Rina dan mulakan hidup baru tapi sekarang, tak ada apa-apa yang berubah pun di dalam hidupnya. Dia masih lagi seperti dulu. Tidak seperti Ika. Wait!Rina lagi?Kau ni Hana!
            Hana cuba membuat perbandingan dirinya dengan Ika. Kawan baiknya itu telah pun berjaya membuka butik sendiri setelah mula berjinak-jinak dengan dunia perniagaan secara ‘online’. Setelah beberapa tahun memulakan bisnes secara kecil-kecilan, kini Ika sudah mempunyai kerjayanya sendiri. Sedangkan dia?Masih lagi tercari-cari tapak untuk memulakan kerjaya. Apa pun tak ada!
            Hana mula memandang ke arah pintu kaca. Nafas mula diambil. Sekali. Dua kali. Tiga kali. Empat. Lima..Ish!Tak kan tak cukup lagi Hana?Pelik betul debaran di dadanya sekarang. Lebih kuat berbanding debaran yang ditanggung ketika nak ditemuduga tempoh hari.
            Hana mula memejamkan mata. Tunggu, tunggu!Bukan sekarang. Not now!Kalau jadi macam kes ‘Aaron Aziz’ hari tu, nanti siapa yang susah?Hana mula memperingati dirinya sendiri. Kaki mula bergerak. Bukan ke lif la tapi ke pintu. Sana tu!
            Sebaik tiba di depan pintu, Hana mula menolak pintu kaca tersebut. Kaki mula melangkah masuk perlahan-lahan. Kelihatan sebuah kaunter yang dikerumuni beberapa orang. Ada lelaki dan juga perempuan. Dia yakin mereka semua adalah para pekerja di syarikat ini.
            Hana memerhati gelagat mereka yang sedang berkerumun melihat sesuatu sehinggakan tidak perasan dia yang sudah berada di situ.
            “Tengok ni..class kau baju dia!Ingat murah ni?Silap-silap bertahunlah gaji kita kalau  nak pakai macam ni!.” Kedengaran satu suara dari kumpulan berkenaan. Hana membiarkan beberapa ketika. Takut pula dikatakan mengganggu nanti. Setelah beberapa ketika, dia mula membuka mulut.
            “Assalammualaikum,” tegur Hana.
Suara yang didengari membuatkan semua pasang mata menoleh serentak kepadanya. Hana juga turut memandang kepada mereka semua yang terkebil-kebil memandang kepada dirinya. Ok. Satu saat. Dua saat. Tiga. Keadaan masih sunyi sepi. Macam bunyi cengkerik pun ada juga. Ya ke?
            “Er..saya...”
            “Ya?Nak cari siapa?Cik ni tersesat ke kat sini?,” seorang perempuan mula menghampiri diri Hana. Hana memandang ke arah mereka yang lain yang mula tertawa kecil.
            “Er..tak, tak..saya memang nak...”
            Perempuan tersebut yang tadinya berada di depan Hana mula mengelilinginya sambil memandang dia  ke atas dan ke bawah. Hana hanya mendiamkan diri. Apa, dia kelihatan seperti Kaabah ke sampai perempuan ni nak bertawaf bagai?Ish! Tak kanlah dia kena berdepan dengan spesies Rina lagi?Oh!Tidak!
            Perempuan tersebut memerhati baju kurung dan pashmina yang menutup kepala  gadis di depannya kini sebelum memandang kepada kawan-kawannya yang lain yang tersenyum kepada mereka berdua. Ikhlas atau sinis?Hana cuba membuat penafsiran.
            “Macam ni la. Saya rasa memang betul agaknya cik ni tersalah tempatkan?Sebab setahu saya, memang kami tak ada sebarang client yang macam cik ni. Er..I mean emm...” Perempuan tersebut memandang semula kepada kawan-kawannya.
            “Special case!,” sahut salah seorang daripada mereka.
            “Yup!Special!Itulah maksud saya tadi,” sahut perempuan tersebut sambil memetik jarinya. Baju kurung, pashmina..wait!Beg tangan dia original ke tak?Semua ni nak masuk Fabuloustar?Please!
            Hana terdiam. Tidak ada patah kata yang dapat difikirkan sekarang untuk diluahkan dari bibirnya. Kenapa hatinya terasa?Bukan dengan kata-kata perempuan yang tidak dikenali itu tapi terasa seakan-akan dirinya kini telah kembali semula ke UiTM. Di mana Rinalah ketuanya, raja, permaisuri dan segala-galanya!Tapi dia?Tak kan inilah titik untuknya bermula sebagai seorang yang berkerjaya kelak?
            “Dengar tak ni?Saya rasa lebih baik cik...”
            “Erin, mana surat I yang semalam tu?.” Satu suara menarik perhatian mereka semua. Seorang lelaki yang baru muncul...kejap!Lelaki ke tu?Kenapa dia lembut semacam?Hana memandang ke arah seorang ‘lelaki’ yang baru tiba di situ. Seluar denim merahnya singkat. Atas buku lali. Tengok!Stoking pun tak pakai. Baju T putih di dalam dengan sehelai jaket hitam menutupi tubuhnya. Siap pakai topi lagi!Sehelai skarf melilit di lehernya. Sejuk sangat ke Malaysia ni?Bukannya ada empat musim pun kan?Lainlah kalau ada empat musim dan sekarang ini musim sejuk!Pandailah kau Hana nak menilai fesyen orang lain.
            Lelaki tersebut yang mengerling sekali lalu kepada Hana menoleh semula untuk kali yang kedua. Matanya dikecilkan. Dia mula menghampiri gadis itu.
            “Kejap ya Jojo. I nak deal dengan dia ni kejap,” beritahu Erin sambil menunjuk ke arah Hana.
            “La..sayang!Lama tau I tunggu you kat bawah tadi. Dah sampai pun you rupa-rupanya!.”
            Sayang?!Terjegil mata Hana apabila mendengar dirinya yang dibahasakan sayang oleh ‘lelaki’ itu. Eh!Tadi perempuan ni cakap nama dia Jojo kan?Tak baiklah kau Hana nak terus menilai orang. Nama dia Jojo okay!
            “Wait a minute!Jo,you kenal ke dengan er..dia ni?,” Erin menunjuk ke arah Hana yang terus terkebil-kebil. Dah dia sendiri tak tahu apa yang hendak dicakapkan. Nak cakap dia datang untuk siapa?Nama kawan Ika pun tak tahu. Kerja?Lagilah!Ish!Jagalah Ika!
            “Kenal la!,” sahut Jojo girang. Ke ‘manja’?Ish!Pandailah kau Hana.
            “Kenal?!,” mereka yang masih berkumpul di kaunter pula bersuara. Kenapa mereka semua ni terkejut sangat?Apa, aku ni bukan manusia ke?Ke diaorang nampak aku macam monyet?Semperit betul la diaorang ni!Hana mula mengetap bibir. Dah tak tahu apa lagi perasaannya kini. Bercampur baur.
            “You must be Hana, right?I’m Jo. Jojo, kawan Ika.” Jojo menerangkan kepada Hana yang kelihatan termangu-mangu. Nampak sangat kau ni blurr Hana!Ya la, Ika pun tak cakap yang kawan dia adalah yang ini kan?
            “Kejap, kejap..So dia ni...,” Erin menuding ke atas dan ke bawah kepada Hana.
“Datang sini cari you, gitu?.”
            “Ya. Why?,” Jojo mengangkat keningnya kepada Erin. Pelik dengan soalan Erin yang berbaur kehairanan itu. Kenapa?Apa yang tak kena dengan kawan kepada kawannya itu?Jojo mengerling semula kepada Hana. Matanya mula melirik memerhati penampilan gadis itu. Kepalanya mengangguk perlahan bagaikan memahami sesuatu.
             “You tanya I kenapa?I mean..tengoklah dia Jo. You must be kidding, right?Kan?.” Tidak cukup bertanyakan kepada Jojo, Erin menoleh ke arah kawan-kawannya yang masih lagi berkumpul untuk mendapatkan sokongan.
            Hana yang menjadi pemerhati dan pendengar setia mulai yakin kini dia akan berdepan dengan spesies Rina sekali lagi!
            “Kenapa?Sebab dia tak pakai baju macam baju you hari ni?Hmm..Miss Selfridge kan?Why?Apa salahnya?Oh!Now I remember. Who was like that before?Yang datang sini dengan baju kurung juga, nak cari kerja, and kalau I tak silap, dia ni..,” Jojo mula menuding kepada Hana yang hanya terkebil-kebil memandang mereka berdua.
            Kelihatan Erin yang bagaikan serba salah. Matanya mula menjeling kepada Hana mengikut jari telunjuk Jojo yang mengarah kepada gadis itu.       
            “Dia ni lagi better dari you tau?You tu yang dulu bukan main comot je..sekurang-kurangnya dia ni, look presentable but you?Ingat!Kalau tak kerana I, you pun tak jadi macam ni hari ni kan?Am I right?Korang pun!,” tambah Jojo sambil menuding ke arah mereka yang lain dengan suara separa manjanya!
            “Cari surat I dan give it to me before lunch. And korang pun jangan tahu nak bergosip je!You darling, please follow me,” Jojo memandang kepada Hana sebagai isyarat untuk mengikutnya.
            Hana yang terpinga-pinga hanya menurut sahaja langkah ‘lelaki’ itu. Eh!Jojo. Ya, langkah Jojo. Wah!Lelaki ini siap menyandang sebuah beg lagi. Apa yang dia letak dalam beg tu?Bukan selalu tu perempuan saja ke yang bawa beg tangan?Tapi beg dia sederhana besar juga dan reka bentuknya pun seakan-akan beg orang perempuan. Sudahlah Hana!Pandai je kau nak menilai orang kan?
            “Er..Cik Jo. Kita nak ke mana ni?,” tegur Hana yang masih mengikut langkah lelaki itu dari belakang.
            “Ke left wing. Sana, right wing. Pejabat kita. Tapi you akan assist I kat studio, boleh?Studio sebelah sana..,” rancak Jojo bercerita siap dengan gerak tangannya sekali yang sekejap menunjuk ke arah belakang mereka dan kemudian mengarah ke depan pula.
            “Apa sebenarnya kerja saya ya Cik Jo?,” soal Hana yang tidak lagi berjaya menahan rasa ingin tahunya. Jojo tidak menghiraukan soalan yang diberi. Dia hanya meneruskan langkah. Kini, sebuah pintu berwarna coklat kehitaman kelihatan di depan mata mereka.
            “Well, inilah studionya. Kat sini kita akan saling bekerjasama dengan photographer, art director and many more!But, the most important thing is, of course, model!.” Sebaik melangkah masuk, Jojo yang meletakkan begnya di sebuah meja terus menerangkan kepada Hana dengan penuh teruja. Hana yang sibuk menjeling sekeliling tidak dapat memberikan perhatian kepada kata-kata lelaki itu.
            “You dengar tak ni?,” suara manja itu kembali menarik fokus Hana.
“Er..Cik Jo tapi apa sebenarnya ker...”
            “Wait!Call me Jojo. Bukannya cik. Rimaslah you!Call me what dear?,” Jojo menyoal dalam senyuman.
            “Jojo,” sahut Hana sepatah. Dear?Mula-mula sayang, lepas tu darling dan sekarang dear?Pelik-peliklah orang kat sini!
            “Good girl. Kerja you untuk tolong I. And kerja I adalah, ehem..I lah penata fesyen untuk Fabuloustar!,” ujar Jojo penuh bersemangat. Siap beri pose dengan tangan kanan di pinggangnya dan tangan kiri di angkat sedikit tinggi, ala-ala model lagi!

            Hana terkebil-kebil memerhati Jojo yang tersenyum di depannya. Penata fesyen?Apa tu?Fesyen apa?Apa yang dia nak kena buat?Adoi!Pening, pening!

5 comments:

  1. Yuhoooo ! Nak lgy .. hehe
    X puas nak baca ..

    ReplyDelete
  2. yuhoo Izza;-) tq sudi komen lagi..thanks a lot..akak hargai sangat2..nanti akk update lagi ya..luv u!!!

    ReplyDelete
  3. Hehe 0k.. luv u 2 .. btw cantik page bru akk ..

    ReplyDelete
  4. tq..ada mood nak ubah;-) hehe..sebelum ni malas sangat2!Haha..

    ReplyDelete

EH, EH..ADA ORANG NAK BAGI KITA KOMEN?YEAYYY!!!