Hana tergopoh-gapah
melangkah menuruni anak tangga di bangunan pentadbiran apabila menyedari waktu
yang kian menghambat dirinya di saat itu. Tercungap-cungap sedikit nafasnya
sebaik anak tangga habis dituruni.
“Sempat ke tak ni?,” nada
Hana berlagu bimbang apabila mengerling kepada jam di pergelangan tangannya.
Niatnya untuk menyempurnakan solat Zohor sebelum kelas yang bakal menyusul pada
pakul 2.10 petang itu, mula kelihatan samar-samar.
Fail yang dipeluk kemas
ditatap geram apabila kelihatan beberapa helaian kertas tugasan Ekonomi yang
bakal menjadi kepunyaan Rina kelak. Geram kerana untuk yang kesekian kalinya,
dia tewas lagi kepada Rina. Hajat yang ditanam untuk melawan balik kata-kata
arahan gadis itu terbang hilang entah ke mana apabila berhadapan dengan Rina.
“Entah ilmu apa yang dia
pakai,” Hana menggerutu seorang diri. Dalam tak sedar, kakinya yang terus
melangkah mula tersasar dari laluan yang disediakan dan mula menghala ke
longkang kecil yang terdapat di sisi laluan pejalan kaki yang berbumbung itu.
“Aduh!.”
Hana mengaduh kesakitan apabila sebelah kakinya sudah terpelecok ke dalam
longkang kecil yang dalamnya hanya beberapa inci itu. Terlepas genggaman
tangannya yang sedari tadi memeluk kemas sebuah fail yang berwarna merah jambu.
Sempat mata Hana memerhati
sekeliling. Waktu di mana masing-masing sibuk untuk mengisi perut pada waktu
makan tengah hari itu membuatkan keadaan sekeliling di situ sunyi sepi.
Laju tangan Hana mula
mencapai beberapa helai kertas yang melayang keluar daripada failnya yang
terjatuh. Dia yang masih belum bangun mula menggosok-gosok buku lalinya yang
terasa sakit dek terpelecok tadi.
“Apa la malang sangat
nasib aku ni?Lepas satu, satu yang berlaku..,” Hana mula mengeluh. Wajahnya
berkerut menahan perit setiap kali tangannya mengurut-urut buku lalinya yang
mulai membengkak.
“Assalammualaikum.”
Satu suara yang menyapa ke telinga Hana membuatkannya sedikit tersentak.
“Er..waalaikummussalam,”
tergagap Hana menyambut salam yang diberikan oleh sosok tubuh yang sedang
berdiri di sisinya kini.
“Kertas awak kan?Ada kat situ tadi,” Adif tersenyum sambil menghulurkan dua
helai kertas yang dipenuhi dengan tulisan tangan Hana.
“Er..ya,” lambat-lambat
Hana menganggukkan kepalanya apabila kertas tersebut bertukar tangan.
“Awak kenapa?Terjatuh ke?,” Adif melepaskan soalan yang sudah bolah diagak
akan jawapannya apabila melihat keadaan Hana yang terduduk di sisi longkang
kecil.
“Emm..,” Hana mengumam
sambil terus memberikan anggukan kepala.
“Boleh bangun tak ni?Nak saya tolong?Kalau....”
“Boleh bangun tak ni?Nak saya tolong?Kalau....”
“Tak pe!Tak pe!Saya ok!,”
laju Hana menjawab sambil menoleh sekilas kepada Adif yang setia berdiri.
Tangan kanannya turut menggawang sebagai tanda jawapan ‘tidak’ kepada tawaran
pertolongan pelajar lelaki itu.
“Betul ke ni?Are you
sure?,” Adif menyoal lagi sambil memerhati sekeliling. Dia tahu nasib pelajar
perempuan yang sering ditertawakan itu. Kelas yang bakal menyusul akan
membuatkan laluan itu bakal dipenuhi oleh para pelajar bila-bila masa sahaja.
“Awak tahu kan kelas dah
nak mula ni?Nanti kalau ada siapa-siapa tengok awak macam ni..,” tutur Adif
lebih kepada memberi peringatan kepada Hana.
Hana hanya mendengar tanpa
memberikan sebarang respons. Masakan dia tidak tahu maksud pelajar senior itu.
Setelah memasukkan kertas yang diberikan oleh Adif sebentar tadi, Hana mula
untuk berdiri.
Adif yang memerhati mula
serba-salah. Nak dipegang nanti, takut dituduh untuk mengambil kesempatan pula!
“Saya ok,” balas Hana
apabila sudah berdiri.
Adif yang melirik ke arah pelajar perempuan itu mula menganggukkan
kepalanya. Ah!Kalau dia sendiri tak nak dibantu, apalah dayanya lagi kan?
“Baiklah, kalau macam tu.
Saya pergi dulu,” balas Adif sebelum melangkah.
Hana yang sedari tadi menunduk kerana menahan malu, mula memerhati sosok
tubuh lelaki itu yang sudah berada di anak tangga.
“Er..abang Adif!,” Hana
menjerit kecil melaungkan nama lelaki itu.
Spontan langkah kaki Adif terhenti apabila mendengar suara Hana. Terus
kepalanya menoleh ke arah pelajar juniornya itu.
“Te..terima kasih. Ni..,”
Hana mengangkat failnya yang berwarna merah jambu itu, isyarat kepada
kertas-kertas yang terkandung di dalamnya.
“Sama-sama!,” balas Adif
yang turut melaung dari anak tangga. Bibirnya mula tersenyum apabila memandang
Hana yang mulai melangkah. Dalam tak sedar, kepalanya menggeleng perlahan
apabila mengenangkan nasib pelajar juniornya itu sejak sesi orientasi pada
semester lepas.
Adif sedar yang pelajar
junior itu menjadi bahan usikan pelajar-pelajar yang lain kerana sifatnya yang
satu itu. Tidur yang tidak mengira tempat mahupun masa!
“Hana...,” perlahan nama
itu diseru oleh ulas bibir Adif. Sayup-sayup kelibat juniornya itu semakin
menghilang daripada pandangan matanya.
“Ugly. Sleeping ugly,
kenapalah malang sangat nasib kau?,” Adif menggumam seorang diri. Nama timangan
yang diberikan oleh Rina itu ternyata melekat sehingga kini. Ke mana-mana sahaja
langkah kaki gadis itu, ‘Ugly’ sudah sinonim dengan diri Hana di dalam kampus
UiTM ini.
Telefon yang berdering di
dalam poket seluar mula mengubah pandangan mata Adif yang terus memerhati sosok
Hana yang sudah menghilang.
“Assalammualaikum,” ucapnya.
“Hai sayang!Ops!Er..assalammualaikum.”
Berkerut wajah Adif
apabila mendengar suara yang sudah terbiasa di hujung telinganya.
“I kan yang bagi salam
tadi?You ni tahu jawab salam ke tak?.”
“Tersasul la sayang. Waalaikummussalam,” suara manja Rina kembali
kedengaran.
“Emm..,” Adif melepaskan
nafas. Telinganya terus saja ditadahkan untuk mendengar ucapan maaf daripada
buah hati yang tidak dapat berjumpa dengannya untuk sama-sama menikmati makan
tengah hari tadi.
Janji yang tidak ditepati
oleh Rina seperti juga semalam.
###################
“Eh!Nak pergi ke mana
tu?Kan awal lagi ni?Awak dah lapar ke?,” tegur Ika apabila melihat Hana yang
tergesa-gesa mengenakan tudung sebaik selesai menunaikan solat Asar.
“Tak la. Saya nak pergi ke
food court,” sahut Hana tanpa menoleh. Siap mengenakan tudung, dia melangkah
menuju ke meja belajarnya. Ika yang sedang menelaah di meja belajar hanya
memerhati tingkah sahabat baiknya itu.
“Food court?Kalau tak
lapar lagi kenapa nak pergi sana Cik Hana oit?,” tanya Ika yang masih tidak
berpuas hati dengan jawapan yang diterima. Sempat matanya mengerling kepada jam
loceng di atas meja yang menginjak ke pukul 5.30 petang.
“Er..tu. Saya nak...”
Terjongket sebelah kening Ika apabila menatap sahabat baiknya itu yang
sedang tergagap-gagap untuk memberikan jawapan. Sebelah tangan Hana pula sedang
memegang kertas kerja yang sudah siap di binding.
Ika yang sudah duduk di
kerusinya selama hampir sejam yang lalu bingkas bangun apabila melihat Hana
yang ingin berlalu. Terus tangannya meragut assignment yang sedang dipegang
oleh Hana.
“Tengok!,” tutur Ika yang
sudah berjaya merampas tugasan tersebut dari tangan Hana. Matanya terus menatap
muka hadapan tugasan yang jelas tertera nama empunya diri.
Persis seorang pensyarah,
Ika menyingkap sehelai demi sehelai muka surat untuk menatap sekali lalu isi
kandungan. Sesekali matanya mengerling kepada Hana yang kelihatan gelisah.
“Ekonomi?,” soalnya kepada
Hana.
“Emm..,” gumam Hana dengan memberikan anggukan kepala. Apa lagi yang mampu
dilakukannya?
Hana mengeluh perlahan.
Dia sendiri tahu yang dia tak mampu untuk menyembunyikan apa-apa daripada
pengetahuan sahabat baiknya itu.
“Ni bukan kerja
berkumpulankan?,” soal Ika lagi sambil mengangkat assignment tersebut dengan
sebelah tangan.
Hana yang menjeling hanya
mampu membatukan diri. Dia yang sudah berada hampir dengan pintu melangkah
semula ke katil dan mengambil tempat di birai.
“Awak dah tahukan?Macamlah
awak tak faham..,” tutur Hana perlahan. Dia sendiri kalau boleh tidak ingin
perkara tersebut berlarutan tapi apalah dayanya?Setiap kali berhadapan dengan
Rina, ternyata semangatnya menjadi lemah. Kalau tak, tak kan la sampai
terpelecok kakinya tengah hari tadi dek kerana terlalu memikirkan perihal
assignment Rina tu?
“Sebab saya fahamlah saya
tak suka tengok semua ni. Kenapalah dengan awak ni Hana?,” Ika mula membebel
kesal dengan apa yang berlaku kepada kawan baiknya itu. Dia yang turut
mengambil tempat di birai katil itu mula memaut bahu Hana.
“Dah nasib saya Ika..,”
sahut Hana lemah.
“Tapi sampai bila?Don’t tell me sampai final semester awak nak terus buat
semua kerja untuk dia. Banyaklah lemak dia kalau macam tu!Yang dia terus nak
bersenang-lenang!,” nada Ika terus berubah 100%. Dari duduk, terus berdiri
sambil bercekak pinggang. Nampak sangat Cik Ika ni tak berpuas hati dengan
Rina!
Hana hanya menadah telinga
mendengar omelan daripada Ika. Terasa dirinya bersemangat setiap kali mendengar
kata-kata daripada kawan baiknya itu.
“Betul!Sampai bila aku nak
jadi kuli si Rina tu?Betul apa yang Ika cakap. Tak kan sampai semester akhir
nanti kut aku nak terus buat semua kerja-kerja dia?Tapi....”
Hana terus berperang
dengan perasaannya sendiri. Memang dia tak menafikan semangatnya berapi-api
setiap kali mendengar kata-kata Ika tapi sayangnya tak lama. Apabila berhadapan
dengan Rina, hilang entah ke mana kata-kata yang sudah disusun untuk diluahkan
kepada gadis itu. Lesap macam tu saja!
“Awak dengar tak ni Hana
apa yang saya cakap?Awak kena lawan perempuan tu!Jangan biar dia terus buli
awak macam ni. Kalau...”
“Ika, macamlah awak tak
ingat apa yang jadi hari tu dengan Puan Sufi. Bukannya saya tak nak tapi kalau
benda yang sama berulang lagi?,” Hana mula bersuara. Sesungguhnya, ugutan Rina
amat melekat di dalam kepalanya sehingga kini semenjak kes tersebut.
Ika terdiam. Dia sendiri mula
ketandusan idea. Bagaimana caranya untuk membuatkan perbuatan si Rina tu dapat
didedahkan?Dia tahu ideanya kepada Hana agar terus pergi berjumpa dengan Puan
Sufi tu hanya memakan diri kawan baiknya itu apabila ternyata Rina yang
bertindak terlebih dahulu.
“Dah la. Saya pergi dulu.
Nanti tak pasal-pasal mengamuk pula dia kalau saya terlambat,” ujar Hana yang
ingin menutup perbualan mereka. Isu sama yang tak akan ada jalan
penyelesaiannya buat masa sekarang.
Ika hanya mampu memerhati
Hana yang sudah melangkah keluar daripada bilik yang dihuni oleh mereka berdua.
“Sampai macam tu sekali
Hana ni takutkan perempuan tu?,” omel Ika perlahan. Apalah yang kawan baiknya
itu fikirkan sehingga boleh patuh macam tu saja kepada Rina?
“Yang Rina tu pula dia
ingat dia siapa?Banyak cantik muka dia!Ada hati nak perintah-perintah orang
macam tu. Buat kerjalah, jangan lambatlah..Ei!Kalau akulah kat tempat si
Hana..mampuslah dia aku kerjakan!,” Ika mengepal-ngepal buku limanya. Luahan
rasa terus dibuat walaupun tiada siapa yang mendengarnya di dalam bilik itu.
‘Rina..Rina Batrisya!,”
Ika menutur nama itu dengan penuh emosi. Nama sama yang tertera di muka hadapan
tugasan Ekonomi yang akan diserahkan oleh Hana sebentar lagi.
“Ada ubi ada batas Rina.
Kau tak tahu aku siapa. Tunggulah!Satu hari nanti baru kau tahu langit tu
tinggi atau rendah. Waktu tu, kalau kau menangis air mata darah sekali pun,
tiada siapa akan dapat tolong kau. I promise you that!.”
Terangguk-angguk kepala
Ika yang sedang membuang pandangannya ke arah medan selera yang boleh dilihat
dari tingkap biliknya yang berada di tingkat 4 itu. Pertemuan pertamanya dan
pertemuan-pertemuan seterusnya di antara dia dengan Rina hanya semakin
menjelaskan sikap sombong gadis itu yang tidak bertempat.
Kata-kata yang keluar dari
bibir Rina umpama racun yang cukup berbisa buat dirinya. Racun yang berbisa
itulah yang menyuburkan dendam di hati Ika yang hanya menanti masa untuk
dilunaskan.
“Tak pe Hana. Saya akan
balas untuk awak nanti!.”
suka sangat! not because heroin dia Hana, but the story itself. hari-hari check ur blog,, don wanna miss the sequel. smile!!
ReplyDeletetq hannah;-) ala, kalau suka sebab heroinnya hana pun apa salahnya, hehe..nanti akak update lagi ya..tq so much!Luv u!!!
ReplyDeletekalau najwa jadi ika, memang dah cepuk dah kepala si rina tu!
ReplyDeleteHehe...sabar najwa..akan ada pembalasan untuk rina, tunggguuu ;-)
ReplyDeletego on ika!!!
ReplyDelete