Jam di pergelangan tangan dikerling lagi untuk kesekian
kalinya. 15 minit melepasi pukul 2 petang. Rayyan kembali gelisah seorang diri
di kerusi yang didudukinya hampir sejam yang lalu. Matanya memerhati
tetamu-tetamu yang baru memasuki Restoran Paya Serai di Hotel Hilton itu,
kalau-kalau adanya kelibat orang yang sedang dinanti-nantikannya.
“Mana Puteri ni?,” gumamnya perlahan. Gelas air di atas
meja yang hanya berbaki separuh dicapai. Jus tembikai disedut perlahan agar
memasuki tekak sekaligus menyejukkan hati yang mula terasa sedikit panas. Janji
temu yang diaturkan untuk bersama-sama menikmati makan tengah hari dengan
Puteri itu membuatkan Rayyan terus setia menunggu di sebuah meja yang telah
ditempah khas untuk mereka berdua.
Jemu memerhati skrin telefon, Rayyan memandang semula ke
arah pintu masuk restoran. Nafas dihela perlahan-lahan. Kalau tidak jadi, mesti
Puteri akan memaklumkan kepadanyakan?Rayyan mula membuat pelbagai telahan.
Terasa berat untuk kakinya melangkah meninggalkan restoran apabila mengenangkan
ini adalah pertama kali dia akan bertemu semula dengan Puteri setelah hampir 9
tahun dia membawa diri ke Amerika untuk menyambung pelajaran di sana.
Sosok tubuh yang baru tiba di situ membuatkan bibir
Rayyan mula mengukirkan senyuman. Kelihatan Puteri yang bagaikan tercari-cari
sesuatu itu. Rayyan mula berdiri sambil membetulkan kot hitamnya. Tangan kanan
diangkat sedikit.
Puteri yang baru perasankan kelibat lelaki itu mula
mengatur langkah sambil membetulkan tali beg yang tersandang di bahu kanannya.
Beberapa pasang mata yang turut berada di situ mula memerhati gerak langkahnya.
Sempat Puteri memberikan senyuman kepada para tetamu yang duduk di tempat
masing-masing seraya melepasi meja mereka untuk tiba di meja Rayyan.
“Rayyan!.” Gadis itu menjerit kecil sebaik tiba di meja.
Kedua-dua tangannya didepakan sekaligus menghadiahkan pelukan percuma buat
kawan istimewanya itu. Rayyan menerima dengan senang hati. Senyuman terus mekar
di bibirnya. Hilang rasa panas yang mula berputik di hatinya sedari tadi.
Hatinya mula berbunga bangga apabila menyedari tetamu-tetamu lelaki yang sedari
tadi asyik melirik ke arah Puteri.
“You sihat?,” Puteri melepaskan soalan sebaik pelukan
dilerai. Tangan kanannya turut naik mengusap lembut pipi kiri lelaki itu.
Rayyan yang sempat mengerling ke arah tetamu-tetamu lelaki yang setia memerhati
gelagat mereka bertambah bangga. Bangga beb dapat awek cun melecun macam Puteri
ini!
“I okay. As you can see..macam ni lah. You?Oh!Have a seat
please..,” Rayyan bergegas menarik sebuah kerusi di meja yang bertentangan
dengan tempat duduknya sendiri. Senyuman masih lagi tak lekang dari bibirnya.
Puteri melabuhkan punggungnya. Matanya masih tak lepas
memerhati Rayyan yang kini sudah mengambil tempat di depannya. Skarf bermotif
flora yang melilit di leher dilonggarkan sedikit ikatannya sebelum mula membuka
mulut.
“I sihat tapi you tu..,” Puteri mula menarik muncung.
Matanya mula menjeling bagaikan merajuk dengan Rayyan yang mula mengangkat
kening kepadanya.
“I?Kenapa dengan I pula?Apa yang I buat?,” tukas Rayyan
dalam senyuman. Tak jemu matanya terus menatap raut wajah Puteri yang dirindui
selama berpisah ini.
Pelayan yang baru tiba dengan menu di tangan membantutkan
hasrat Puteri yang ingin menjawab soalan Rayyan itu.
“You nak makan apa?Tengok..macam-macam ada ni. Lama tau I
tunggu you. Bukan setakat berkeroncong dah perut ni, silap-silap shuffle, joget
semua dah ada..,” Rayyan terus membebel sambil memerhati menu yang tersedia.
Puteri hanya menjeling sekilas ke arah menu sebelum membuat keputusan.
“You order la apa pun. I ikut je.”
“La..tak kan ikut je?Order la apa yang you rasa nak
makan. Even kalau tak ada dalam menu ni pun, I akan pastikan diaorang masak apa
yang you nak!,” ujar Rayyan bersungguh-sungguh.
“Ya la tu,” sahut Puteri. Bibirnya mula tersenyum. Dalam
diam, dia mengakui kata-kata Rayyan. Siapa yang tak kenal Tan Sri
Rashid?Anaknya?Lagilah kan!Sungguh, dia gembira biarpun baru sekejap cuma
berada di sisi lelaki ini. Maklumlah
anak VVIP, siapa yang tak gembirakan?Segala kehendak harus dipenuhi. Malah, apa
jua yang dikehendaki mungkin bukan satu penghalang buat lelaki yang bergelar
Rayyan Zikri itu. Jadi, sesiapa yang mendampinginya mestilah turut merasai tuah
tersebut.
Pelayan yang muncul semula mencatat pesanan yang
diberikan oleh Rayyan. Puteri hanya diam membisu. Cuma sesekali dia membetulkan
rambutnya yang baru saja ditata rias sebelum datang bertemu dengan Rayyan.
Selesai mencatat menu yang dipesan, pelayan lelaki
tersebut terus berlalu. Puteri yang memerhati gerak langkah pelayan berkenaan,
mula mengalihkan pandangannya kepada Rayyan.
“Kenapa ni?Muncung tak habis lagi, hmm?.”
“Mana ada. You tu..,” Puteri bersuara manja. Matanya
terus menjeling. Setelah lama tidak bersua muka, sekaranglah masanya untuk
bermanja-manja dengan Rayyan.
“I?Dari tadi asyik cakap sebab I. Apa yang I dah buat?,”
sahut Rayyan sambil mula meraih tangan Puteri. Tangannya yang sudah bertaut
dengan tangan gadis itu di atas meja mula mengelus lembut tangan Puteri.
“Ya la. You tu kat sana sampai sembilan tahun tau. Lama
tu!Bukan you study empat atau lima tahun je ke?Yang lebih tu apa yang you buat
kat sana?Jangan-jangan...,” sengaja Puteri tidak menghabiskan kata-katanya. Dia
ingin memancing reaksi Rayyan. Tangannya turut ditarik daripada genggaman
tangan jejaka itu.
Rayyan tersenyum sebaris mendengar patah kata daripada
Puteri. Wajah gadis yang mula menarik muncung itu ditatap dalam-dalam. Dia
sengaja tidak terus memberikan penjelasan kepada gadis itu. Gelas air dicapai
bagi menghabiskan air yang masih berbaki.
“Tengoklah tu. Orang cakap dengan dia buat tak dengar je.
Entah-entah memang betulkan you kat sana memang ada orang lain, ya tak?.”
Puteri yang tidak lagi boleh menahan sabar terus
melepaskan serkap jarangnya. Pedih hatinya apabila melihat Rayyan yang hanya
diam membisu.
Rayyan yang sengaja ingin terus mengusik gadis di
depannya tertawa kecil mendengar kata-kata Puteri itu. Tangan gadis itu kembali
diraih dan diusap lembut.
“Puteri, dah berapa lama kita kenal?.”
“Entah!,” sahut Puteri berbasa-basi. Bahunya
dijongketkan. Merajuklah tu!
Rayyan yang
menerima respons dari Puteri terus tersenyum. Makin bertambah niatnya ingin
terus mengusik gadis tersebut. Genggaman tangannya dilepaskan. Riak wajahnya
mula berubah serius.
Berkerut wajah Puteri apabila melihat perubahan Rayyan
yang mendadak itu.
“Well, dulu memang I suka kat you tapi you tak bagi jawapan pun kan?So,
sembilan tahun I kat sana apa lagi yang I boleh buat?You faham-fahamlah.
Kenalah I cari pengganti.”
Suara Rayyan yang
didengari membuatkan Puteri terjeda. Kepalanya menggeleng perlahan bagaikan
tidak percaya dengan apa yang baru didengarinya. Jadi, betullah telahannya
selama ini. Rayyan sama saja seperti lelaki-lelaki lain!
Pelayan yang muncul semula
dengan membawa menu yang dipesan membuatkan keadaan hening seketika. Sambil
memerhati menu yang disajikan, Rayyan mencuri pandang ke arah Puteri. Dia
menahan tawa melihat riak wajah gadis itu.
Selesai menghidang makanan
dan minuman, pelayan mula berlalu meninggalkan meja.
“Jom makan!I lapar ni..,”
Rayyan mula mencapai sudu dan garfu. Pandangan mata Puteri kepadanya sengaja
tidak diendahkan. Mulutnya mula mengunyah nasi yang baru disuap.
“Hmm..sedap!So perfect!,”
kepala Rayyan mengangguk perlahan. Berpuas hati dengan masakan yang dijamahnya
kini. Tidak sia-sia dia menanti lebih kurang sejam di situ dengan hasil yang
tersaji di depan matanya sekarang.
Rayyan menjeling Puteri
yang langsung tidak menyentuh makanan yang terhidang. Sudu dan garfu mula
diletakkan kembali. Napkin yang terlapik di atas peha diangkat dan dikesat
sekali ke mulut sebelum memulakan bicara.
“Kenapa tak makan?You tak
suka ke dengan semua ni?,” mata Rayyan memerhati lauk pauk yang terhidang. Kuah
masak lemak ikan kembung yang menjadi kegemarannya turut tersaji di atas meja.
“Tak ada selera!,” tukas
Puteri sambil menjeling. Padahal perutnya sendiri sudah minta diisi sedari
tadi. Sudahlah dia tak sempat menjamah sarapan, ingatkan hendak bersama-sama
menikmati makan tengah hari dengan Rayyan sambil bermanja-manja tetapi jawapan
daripada lelaki itu membuatkan seleranya mati kini.
Rayyan yang terus
memerhati reaksi Puteri mula meraih kembali tangan gadis itu. Kali ini,
tangannya menggenggam erat tangan Puteri yang dirasakan ingin ditarik kembali
daripada genggaman tangannya.
“Ok, I mengaku kalah. Tadi tu I gurau je la. Ya,
memang I mengaku sembilan tahun I kat sana tapi tak ada seorang pun yang berada
dalam hati I. No one but you. Only you. Cukup penjelasan I ni untuk buat you
makan?Come on!I tak suka tengok you macam ni. Tadi pun you cakap you tak makan
lagi kan waktu I call you?Nanti kalau perut tu masuk angin siapa yang
susah?So...” Rayyan mula melepaskan genggaman tangannya. Sudu mula dicapai dan
nasi mula disudu lalu dihalakan ke mulut Puteri.
“So sekarang please makan
okay?.”
Bibir Puteri mula terlukis sebaris senyuman. Suara serius Rayyan menyatakan
hal tersebut terasa cukup menyakinkan dirinya. Mulut mula dibuka menyambut sudu
yang dihulurkan. Rayyan yang memerhati tersenyum senang sebelum dia sendiri
menyambung menikmati makanan tengah hari mereka berdua.
“You tahu kan kenapa I
stay kat sana lama-lama?Bukannya you tak tahu anak saudara ibu tiri I tu, si
Shasha.”
“La..sebab tu ke you
sanggup stay kat sana lama-lama?Sebab dia?Dia ganggu you lagi ke?,” Puteri cuba
mengorek rahsia. Masakan Shasha yang tinggal serumah dengan Rayyan itu tidak
dikenali.
“Emm...I dah fikir
masak-masak. Selagi I tak khawin selagi itulah agaknya dia akan terus kacau I.
So, apa kata kita khawin?You pun sayangkan I kan macam mana I sayangkan
you?Tadi tu bukan main muncung lagi,” usik Rayyan.
Mata Puteri
terkebil-kebil. Bibirnya bergerak sedikit. Nak senyum ke tak?Khawin?Memanglah
dia sukakan Rayyan tapi tak pernah pula terfikir nak berkhawin sekarang. Apatah
lagi kerjayanya baru sahaja hendak berkembang.
“Nanti kita khawin ya?.”
Suara Rayyan menarik kembali perhatian yang tersasar.
“Er..hmm...” Suara yang lahir antara dengar dan tidak. Puteri cuba mengawal
riak wajahnya. Khawin?Now?Ish!Tak kan lah?
best.
ReplyDeletetq baby mio sudi komen lagi;-) luv u!!!
ReplyDeleteBest...cepatla sambung...nak tau sgt ape jadi seterusnye...puteri terima tak lamaran Rayyan....keep it up!
ReplyDeletetq sya..nanti kita sambung ya;-)
ReplyDelete