Kini
aku lebih mengerti
Erti
sebenar rasanya sunyi
Biarpun
ramai yang mengelilingi
Tak
akan ada yang dapat menandingi
Di
saat dia menutup mata
Aku
tahu itu untuk selama-lamanya
Namun
aku tak ingin percaya
Malah
mungkin enggan menerima
Aku
berharap terjadinya keajaiban
Jauh
di hati terpendam harapan
Mungkin
dia akan bangun dari lenanya
Dapat
ku tatap senyuman di wajahnya
Sehingga
kaki melangkah ke pusara
Harapan
itu tak menjadi kenyataan
Saat
itu aku terpaksa akui
Setiap
yang bernyawa pastikan pergi
Hilangnya
dia tiada ganti
Di
dunia dan akhirat aku pasti
Datanglah
walau sejuta bidadari
Tetap
tak dapat menjadi pengganti
Kerana
dia yang begitu istimewa
Melakukan
segala-galanya
Sehingga
dia memejamkan mata
Tugas
yang dilakukan amat sempurna
9
bulan kami membina ikatan
Sehingga
saat aku dilahirkan
Kasih
sayang diberi tiada gantian
Kini
ku damba sebuah pertemuan
Hanya
doa-doa yang mampu aku hadiahkan
Tanda
ingatan akan berkekalan
Biarpun
dunia kami sudah berlainan
Aku
tetap tak kan pernah melupakan
Untuk
emak yang telah pergi meninggalkan
Tenanglah
emak di dalam jagaan-Nya
Semoga
terampun segala dosa
Semoga
syurga menjadi balasan-Nya
Aku
yakin kita akan bersua kembali
Biarpun
lambat tak mengapa
Asalkan
emak berbahagia di sana
Kerana
emak sememangnya mulia
Entah
mengapa aku tak dapat menahan
Air
mata yang datang bersama kesedihan
Rindu
yang datang bersama pilu
Di
saat emak meninggalkan diriku
Namun
emak dengarlah rintihan ini
Emak
selalu abadi di hati….
No comments:
Post a Comment
EH, EH..ADA ORANG NAK BAGI KITA KOMEN?YEAYYY!!!