Hana melepaskan keluhan sebaik kakinya mula memijak ke
tanah di luar pagar UiTM Merbok itu. Matanya memerhati bas yang mula bergerak
meninggalkan dirinya dan beberapa lagi orang pelajar yang menaiki kenderaan
awam itu dari Sungai Petani.
Puas memerhati bas yang
sudah menghilang daripada pandangan mata, Hana mengerling ke dalam pintu pagar.
Memerhati pula kepada beberapa orang pelajar yang sudah berjalan melepasi
pondok pengawal yang terletak berhampiran dengan pintu pagar.
“Malasnya!,” keluh Hana.
Berat kakinya untuk melangkah masuk apabila mengenangkan perkara-perkara yang
bakal dilaluinya dalam tempoh seminggu lagi sebelum bertemu semula dengan hari
Jumaat dan Sabtu seterusnya.
Hana terus melayan
pandangan matanya dengan memerhati bangunan pentadbiran yang tersergam beberapa
meter daripada pintu pagar. Itulah bangunan pertama yang akan kelihatan oleh
sesiapa yang melalui jalan raya yang terbentang di situ untuk menuju ke Sungai
Petani mahupun ke Merbok. Malah, untuk ke Tanjung Dawai sekalipun.
“Cantik!,” Hana memuji.
Bangunan yang tersergam itu telah menarik perhatiannya sebelum dia tamat SPM
lagi. Tekadnya pada ketika itu adalah untuk menjejakkan kaki ke situ sebagai
salah seorang pelajar UiTM tapi kini hatinya tidak lagi merasa teruja seperti
hari pertama dia menjejakkan kaki ke situ.
“Kenapa tak masuk tu?!Tak
ada kad matrik?,” satu suara menyentak Hana yang asyik memandang ke arah
bangunan pentadbiran.
“Ada la!,” sahut Hana sedikit beremosi. Kakinya mula berjalan
perlahan-lahan menuju ke dalam kawasan UiTM. Dikerlingnya sekali imbas pakcik
pengawal yang menyoalnya tadi. Nada yang pada pendengaran telinganya ada juga
terdapat sedikit unsur tuduhan.
Pakcik pengawal yang
bertugas memandang Hana ke atas dan bawah apabila gadis itu mula berjalan
melepasi pondok pengawal.
“Assalammualaikum,” tegur Hana apabila tiba di pondok pengawal. Terasa
bersalah apabila meninggikan suaranya tadi kepada pakcik pengawal yang hampir
sebaya ayahnya itu.
“Waalaikummussalam.
Hah!Ada pun kad kamu..,” sempat mata pakcik pengawal itu mengerling kepada kad
matrik berwarna hijau muda yang dikepilkan di tudung Hana.
Hana hanya mendiamkan diri. Kalau tak bersalah buat apa nak berasa
takutkan?
“Dah tu kenapa dengan si
Rina tu aku boleh takut?,” tuturnya di dalam hati. Fikirannya kembali kusut.
Dia sendiri tidak tahu kenapa dia akan kalah setiap kali berhadapan dengan
gadis itu.
“Apa istimewanya Rina?Apa yang dia ada?Apa yang aku tak ada?,” Hana mula
membuat perbandingan di antara dirinya dengan Rina. Mengenangkan gadis itu,
membuatkan Hana tersenyum seorang diri.
Rasa-rasanya kalau dibuat undian di UiTM itu, tentu sahaja diri Rina akan
dipilih kalau berdasarkan rupa paras. Hana yakin dengan hal itu. Barang-barang
mewah?Ya, gadis itu juga memiliki itu semua kalau berbanding dirinya.
“Tapi aku lagi pandai. Kalau tak, tak kan dia suruh aku buat
assignment-assignment yang susah tu?Kalau dia pandai, tak kan dia jadi
repeater?Tahu nak mengarahkan orang je!,” bentak Hana.
Kaki Hana terus melangkah menuju ke Kolej Masria. Kolej yang menjadi kediamannya
di situ. Daripada tersenyum, Hana mula tertawa kecil sambil kakinya melangkah
menaiki anak tangga.
“Harapkan muka je tapi otak?Harapkan aku juga nak buatkan kerja-kerja
tu..,” Hana mula senang hati apabila membuat perbandingan dari segi kepandaian.
Dia tahu, mungkin itu sahaja satu-satunya kelebihan yang dia ada berbanding
Rina.
Hana yang sudah tiba di depan pintu biliknya mula memulas tombol.
“Assalammualaikum!,” tangan Hana dilayangkan ke pintu. Beberapa kali
mengetuk di situ, Hana memandang ke lantai. Baru dia sedar yang sandal Ika
tidak berada di situ.
“Jangan-jangan pergi
tengok TV tak?,” Hana membuat telahan sendiri. Tangannya mula menggagau ke
dalam poket beg untuk mencari anak kunci bilik. Sebaik pintu dibuka, Hana terus
melangkah masuk. Kertas kecil yang terdapat di atas bantalnya dicapai.
“Saya keluar jap. Nanti kita dinner
sama-sama ok!.”
“Ya la tu. Entah nak balik
pukul berapa, nak dinner sama-sama?,” tutur Hana yang bagaikan tidak percaya
dengan nota yang ditinggalkan oleh Ika untuknya.
Hana mulai menguap. Dia mulai mengeliat untuk menghilangkan lenguh-lenguh
di badannya. Dia yang sememangnya sudah berada di katil terus berbaring.
Selepas beberapa ketika,
sesuatu yang mengganggu tidurnya memaksa Hana membuka mata. Baru sahaja dia merasai
ketenangan apabila merebahkan tubuhnya tadi. Siapa yang mengganggu?
“Hei!Bangunlah. Dah sampai
pun kau kan?Mana assignment aku tu?.” Sebaik Hana membuka mata, kelihatan Rina
yang sedang berdiri di tepi katilnya.
“Macam mana awak masuk?!,”
Hana bersuara kaget. Dia melihat pintu yang sudah terbuka. Rina tersenyum sinis
apabila mendengar pertanyaan yang keluar daripada bibir Hana itu.
“Macam mana aku
masuk?Tu..pintu tu. Dah kau tak kunci. Sempat lagi kan tengah-tengah hari ni
pun kau nak membuta. Tidur, tidur, tidur...,” Rina membebel seakan-akan dia
seorang ibu kepada Hana.
Hana hanya menyepikan diri. Dia sendiri di dalam hati, mengaku akan
kebenaran kata-kata Rina. Waktu tidurnya memang tidak ikut masa. Bahkan tempat
sekali pun. Kalau sudah matanya terasa berat, di mana-mana pun boleh sahaja dia
menutup matanya.
“Hei!Cepatlah!,” Rina
menolak bahu Hana apabila melihat gadis itu yang kaku bagaikan patung di atas
katilnya.
“Mana assignment aku tu?Kau ingat aku nak tunggu kau kat sini terus?Aku pun
ada banyak kerja lagi tau. Kejap lagi aku nak jumpa senior Adif tu..’, tutur
Rina bangga.
Hana terus mencapai fail
yang berada di sebelah bantalnya. Rina yang memerhati hanya mencebikkan
bibirnya. Sesekali, dia membelek dirinya sendiri di depan cermin yang terdapat
di dinding.
“Kalau aku pakai macam ni,
kau agak-agak ok ke?Cantik tak?,” Rina memandang sekilas kepada Hana untuk
mendengar pendapat gadis itu. Hana yang mendengar meneliti pemakaian Rina.
Seluar jeans dan baju baby T yang menyaluti tubuh Rina membuatkan dahinya
berkerut.
“Er...bukan ke kalau tak
pakai baju lengan panjang, salah?Nanti mesti pakcik atau makcik guard tahan,”
jawab Hana. Rina yang sedang meneliti dirinya di dalam cermin menoleh kepada
Hana.
“Itu aku tahulah!Kau ingat
aku bodoh?Ni..,” Rina menunjuk kepada lengan kirinya yang terdedah.
“Keluar nanti aku tutuplah. Pakai sweater ke...”
“Tapi kan ke baju tu..,”
Hana teragak-agak untuk menyuarakan pendapatnya. Kalau dengan baju baby T
sendat macam tu, boleh lepas ke kalau nak keluar?
“Ah!Kau bukannya tahu
apa-apa pasal fesyen. Macamlah apa yang kau pakai tu elok sangat!,” tempelak
Rina sambil memuncungkan mulutnya ke arah Hana. Seluar jeans, baju T lengan
panjang dan juga tudung. Euw!
Hana meneliti dirinya
sendiri apabila mendengar kata-kata Rina. Apa yang tak kena?Cara pemakaiannya
mengikut etika berpakaian yang diwartakan oleh UiTM. Salah satunya, baju yang
dikenakan mesti melebihi punggung untuk pelajar perempuan tapi baju Rina?
“Dah la. Kalau dengar
pendapat kau, bukannya ada faedah pun!,” tingkah Rina sambil tangannya
menyambar assignment yang berada di tangan Hana sebelum berlalu ke pintu.
“Ingat Hana!,” Rina
mengerling kepada Hana yang masih berteleku di atas katilnya. Dia yang sudah
memakai seliparnya memandang ke kiri dan kanan aras 4 yang sunyi itu.
“Kau jangan pandai-pandai
lagi nak mengadu sana sini. Kau ingat ada orang nak percayakan kau?Tengok hari
tu..siapa yang susah?,” Rina tersenyum mengejek.
Hana hanya terkebil-kebil mendengar kata-kata Rina yang lebih kepada amaran
itu. Apa lagi yang dia mampu lakukan?
“Ingat!Kalau kau
pandai-pandai lagi nak mengadu kat Puan Sufi, aku akan pastikan kau fail paper
ni. Mesti kau tak nak kan?,” Rina mengangkat keningnya.
Hana menganggguk lemah mengiyakan pertanyaan Rina.
Rina tersenyum puas
menerima respons Hana. Sleeping ugly yang dungu!
“Good girl!,” tutur Rina sebelum melangkah pergi.
“Gagal?Aku tak nak jadi
repeater!Tak nak!,” bentak Hana di dalam hati. Biarlah CGPA dia tak sebagus
mana tapi repeater?No!
“Dah la buruk, hodoh,
dungu pulak tu. Semuanya ada kat dia..,” Rina tersenyum senang sambil
membelek-belek hasil tugasan yang sudah berada di tangannya. Bibirnya terus
mengutuk Hana, orang yang bertanggungjawab di sebalik tugasan tersebut untuk
semester ini.
Puas dengan hasil kerja Hana,
Rina yang sedang menuruni anak tangga Kolej Masria itu meneliti baju yang
tersarung di tubuhnya.
“Cantik apa baju ni. Si sleeping ugly tu bukannya tahu nak menghargai
fesyen. Apa dia ingat baju ni murah?,” Rina terus membebel seorang diri.
Melepaskan geram kepada Hana yang tidak tahu menghargai citarasa fesyennya.
Sebaik melangkah keluar
daripada Kolej Masria, Rina mula menggagau telefon bimbit yang berada di dalam
poket seluarnya. Jarinya terus menekan mencari nama orang yang ingin dihubungi.
“Helo Adif. Jadi kan kita
nak jumpa petang ni?,” Rina terus melepaskan soalan yang bermain di benaknya.
“Ish!You ni kan..tak tahu nak bagi salam ke?Terus terjah macam tu je,”
kedengaran suara Adif di cuping telinga Rina. Ulas bibir gadis itu yang
dioleskan pengilat bibir terukir sebaris senyuman mendengar omelan daripada
pelajar lelaki yang bertaraf senior kepadanya.
“Ala..sorry la sayang..,”
Rina mula bersuara manja. Dia tahu sudah banyak kali perbuatannya itu ditegur
oleh Adif. Setiap kali kalau menghubungi
pelajar lelaki itu, harus dimulai dengan salam. Kalau Adif yang menghubunginya,
salam lelaki itu harus dijawab. Ah!Macam ustaz la pulak!
“Hmm?You dengar tak ni?,”
suara Adif kembali kedengaran. Ayat-ayat manja Rina yang baru hendak disusun
terbang entah ke mana.
“Dengar..,” jawab Rina tak nak nak. Terus dia mula menyusun strategi baru!
“Tapi tadi kan I dah say
sorry,” jawab Rina membela dirinya.
“Oh!Say sorry?Selalu tu apa yang I selalu cakap?,” suara Adif kedengaran
tidak berpuas hati.
Rina mengetap bibir.
Geram!Ish!Tak suka la dengan semua ni!Kenapalah si Adif ni suka sangat nak
perbesarkan isu tu?Salam je kan?Bukannya ada apa-apa pun.
“Ok. Fine. Salah I. Assalammualaikum, puas hati?,” balas Rina.
“Ni bukan soal puas hati
atau tak tapi you tu perempuan. Belajarlah untuk beradab sikit. Tak kan tak
boleh?,” bidas Adif.
Rina terus menadah telinga. Untung sahaja Adif tergolong di dalam kumpulan
lelaki yang kacak di UiTM ni. Dah la kacak, terkenal di kalangan
pelajar-pelajar perempuan, baik freshies mahupun senior. Faktor tambahan yang
membuatkan dia lebih tertarik kepada Adif adalah kerana lelaki itu sama taraf
denganya, anak Datuk!
“Ok, ok. Salah I. Er..I
terlupa la. Kan dah biasa,” Rina mula merengek manja dengan harapan agar Adif
tidak terus memperbesarkan isu yang sama.
“Ya la, ya la..,” balas Adif mengalah.
Rina mengulumkan senyuman.
Yes!Berjaya lagi kali ni!
“So sayang, jadi tak kita nak jumpa petang ni?,” Rina melepaskan kembali
soalan yang masih belum diperolehi jawapan.
“I ok je. Kenapa?You tak jadi
ke?Tak boleh?.”
“Tak la!Mesti la I jadi. Kalau tak, tak kan I nak call you nak confirmkan.
So petang ni, you tunggu I kat gate ok?,” balas Rina girang dengan berita
pengesahan yang diterima daripada Adif.
“Ok. Assalammulaikum.”
“Er..waalaikummussalam,” sahut Rina sebelum menamatkan perbualan. Selesai
menamatkan perbualan, Rina mencebikkan bibirnya.
“Salam la, apa la. Nasib
baik la kau tu handsome Adif. Kalau tak,
jangan haraplah aku nak bersabar dengan karenah kau. Kalau tak, dah lama boleh
jalan!,” Rina melempiaskan geramnya yang sedari tadi ditahan-tahan.
“Adif..Khairul Adif..,”
seiring dengan langkahnya yang diatur menuju ke kolej kediamannya, Kolej
Mahsuri, bibir Rina menyebut nama pelajar lelaki senior yang didampinginya
sejak semester yang lepas.
Sejak sesi orientasi lagi, dia telah terpaut hati apabila melihat pelajar
lelaki senior yang baginya cukup kacak di kalangan mereka yang lain ketika itu.
Sibuk matanya melilau untuk mencuri pandang ke arah kad matrik Adif apabila
seniornya itu datang menjengah ke kumpulannya, semata-mata untuk mengetahui
nama pelajar tersebut.
“Kacak, kaya..siapa yang
tak nak?,” Rina tersenyum seorang diri ketika dia sudah memijak anak tangga
untuk menuju ke tingkat dua. Di dalam hati, terselit perasaan bangga apabila
salam persahabatan yang dihulurkannya disambut oleh Adif.
Lebih-lebih lagi apabila dia mendapat tahu ketika itu, hampir selama 3
semester Adif berada di situ, belum pernah Adif berkawan secara serius dengan
mana-mana pelajar perempuan yang lain.
Tiba di depan pintu bilik,
Rina menggagau anak kunci yang disimpan di dalam poket seluarnya. Baru sahaja
hendak memasukkan anak kunci ke dalam
tombol pintu, pintu bilik terlebih dahulu dibuka dari dalam.
“Hah!Ada pun kau..,” Rina
menjeling sebelum melangkah ke dalam bilik.
Airin yang baru hendak melangkah keluar daripada bilik hanya tersengih. Dia
memandang kepada Rina yang sudah berbaring di atas katil.
“Kau kata nak date dengan
senior Adif?Tak jadi ke?,” Airin mengangkat keningnya kepada Rina.
“Ada pulak tak jadi.
Mestilah jadi. Petang ni. Sekarang baru pukul berapa kan?Awal lagi..,” sempat
Rina mengerling kepada waktu di telefon bimbitnya.
“Tu..assignment apa pulak tu?,” Airin memuncungkan mulutnya kepada
assignment yang berada di sisi bantal Rina.
“Er..Kerja untuk Puan Sufi
tu la. Tadi tu..aku..er..aku pergi print semua ni la,” Rina mula menggelabah
menerangkan perkara yang hanya diketahui olehnya dan juga Hana.
“Ya?,” bertemu kening
Airin apabila dahinya berkerut. Matanya yang dikecilkan tidak lepas dari
memandang ke arah assignment yang sudah berada di tangan Rina.
“Ya la!Apa kau ingat aku
tipu?Aku suruh orang lain yang buat?Macam tu?,” Rina menjawab yakin. Dia cuba
mengawal rentak jantungnya yang berdetak laju. Risau kalau-kalau tembelangnya
akan pecah.
“Bukanlah aku cakap kau
tipu tapi...”
“Tapi apa?,” pintas Rina tidak sabar.
“Tapi kan hari ni hari
Sabtu. Perpustakaan tak buka. Kalau kau nak pergi kat luar tu, tak kan pakai
macam ni kut?Tak kan pak guard atau mak guard lepas kau keluar dengan pakaian
yang macam ni?,” jari Airin mula menuding ke atas dan bawah tubuh Rina.
Gulp!Rina menelan air
liur.
“Tak guna!Tajam juga mata minah ni,” getus hati Rina. Idea, come on!
“Hah!Tu la ..kau tak tahu.
Apa kau ingat kalau perpustakaan tu tutup, aku tak boleh nak print semua ni?,”
Rina menggoyang-goyangkan assignment yang sedang dipegangnya. Airin yang berada
di muka pintu melangkah menuju ke katil Rina. Hasil tugasan itu dicapai dan
dibelek-belek.
“Habis tu kat mana kau
cetak semua ni?,” soal Airin sambil mengerling sekilas kepada Rina sebelum
matanya kembali menatap beberapa muka hasil kerja itu secara rawak. Dia yang
sudah melabuhkan punggungnya terus menantikan jawapan daripada rakan sekelas
dan juga rakan sebiliknya itu.
“Er..kat Kolej Masria. Ada
pelajar senior tu buat printing service kat bilik dia,” tutur Rina berbohong.
“Iya?!,” Airin terjerit
kecil. Teruja dengan berita yang keluar daripada bibir Rina.
“Kalau ya pun, yang kau nak over sangat ni kenapa?Bukannya apa-apa pun.
Print je kan?,” Rina berasa hairan dengan ekspresi yang diberikan oleh Airin.
“Bukannya apa-apa?Kau tahu
tak, kalau ada orang yang buat printing service tu, tak ke senang kerja kita
nanti?Kalau perpustakaan tutup, tak kan kau sanggup nak keluar semata-mata nak
print assignment?Kalau dah ada kat dalam UiTM ni, buat apa nak susah-susah?,”
tutur Airin.
“Em..betul juga kan?,”
Rina tersenyum mendengar bait-bait kata Airin.
“Tahu pun kau. So nanti, kau bolehlah tunjuk kat aku kat mana bilik tu
kan?Tak pun, kau cakap je nombor bilik tu. Aku boleh pergi cari sendiri nanti,”
balas Airin. Juga tersenyum.
Hilang terus senyuman Rina mendengar
kata-kata Airin. Ish!Macam-macam.
“Er...nanti-nantilah aku tunjuk. Lagipun bukannya kau ada nak print apa-apa
pun kan?,” Rina mengetap bibir.
“Ok. Nanti, kalau aku ada
nak cetak apa-apa, kau beritahu ok?Bolehlah kita beritahu kawan-kawan kita yang
lain juga. Tu..Si Bella and the gang pun, kadang-kadang mengadu susah nak cetak
hasil kerja dia orang kalau perpustakaan tutup,” balas Airin sambil melangkah
keluar daripada bilik. Hajatnya untuk ke tandas terpaksa ditunda sekejap tadi.
Rina yang mendengar hanya
menyepikan diri. Ish!Menyusahkan betul!
No comments:
Post a Comment
EH, EH..ADA ORANG NAK BAGI KITA KOMEN?YEAYYY!!!