“Ok class!Any question before I dismiss the class?,” suara lantang Madam
Mary, pensyarah berbangsa Cina untuk subjek Bahasa Inggeris itu bergema di
dalam bilik kelas di mana berlangsungnya sesi tutorial untuk pagi itu.
“No..,” terdengar beberapa
suara perlahan daripada pelajar yang sudi menyahut pertanyaan daripada
pensyarah yang masih setia berdiri menanti jawapan daripada para pelajarnya.
Madam Mary tersenyum
apabila menerima jawapan tersebut. Dia mula mengatur langkah menuju ke meja.
Sesekali dia mengerling kepada para pelajarnya yang masing-masing sedang sibuk
mengemas buku dan kertas yang masih berada di atas meja.
‘Emm..saya nak pergi
perpustakaan lepas ni. Nak ikut tak?,” Dalina menyiku Hana yang duduk di
sebelahnya.
“Tak pe la. Saya dah janji nak jumpa dengan Ika. Kelas
dia kat sebelah ni je,” jawab Hana separuh berbisik. Tangannya mula menggosok
mata untuk menyegarkan diri sendiri.
“Ok. Kalau ada apa-apa
cari je saya kat situ. Sebab lepas ni pun, kita ada kelas Puan Sufi
kan?Malaslah nak balik ke bilik. Hah!Kerja Puan Sufi tu awak dah siap?.”
“Emm..,” Hana memberikan anggukan kepalanya. Masakan
kerja yang dilakukan untuk dua orang itu belum lagi disempurnakan. Apatah lagi
setelah menerima amaran daripada Puan Sufi dan juga Rina.
“Ok la. Saya jalan dulu. Awak nak duduk sini ke?,” Dalina
yang sudah berdiri memandang kepada Hana.
“Yalah. Kan bilik kelas ni kosong lepas ni. Tak ada kelas
kan?Saya dah janji nak tunggu Ika kat sini,” jawab Hana.
Dalina menganggukkan kepalanya. Tangannya mula mencapai beberapa
buah buku yang terletak di atas meja.
“Baiklah. Saya pergi dulu. Assalammualaikum.”
“Waalaikummussalam,” sahut Hana sambil membalas senyuman
gadis yang menjadi teman baiknya di dalam kelas itu.
Selain Ika yang sudi
berkawan dengannya, Dalina adalah orang kedua yang boleh dipercayai Hana di
UiTM ini. Dalinalah yang akan tolong mengejutkan dirinya kalau dia sudah
tertidur di dalam mana-mana kelas.
Hana memerhati sekeliling
kelas yang sudah kosong dan sepi sebelum jam yang tersangkut di dinding mencuri
pandangan matanya.
“Kenapa Ika tak keluar lagi ni?,” Hana mengerling ke arah
pintu. Janji yang sudah dibuat kepada Ika semalam untuk bersarapan bersama-sama
di medan selera membuatkan bibir Hana tersenyum senang.
Dari bersandar di kerusi,
Hana mula menongkat dagu. Nota-nota yang berada di atas meja hanya dipandang
sekilas lalu sekadar mengisi waktu yang masih bersisa sementara menunggu
kedatangan Ika.
Dari menongkat dagu,
sebelah lengannya mula dilunjurkan di atas meja dan Hana mula merebahkan
kepalanya. Huruf-huruf yang tertera di depan matanya tidak berjaya membuat Hana
untuk terus membaca.
Pagi itu sekali lagi
menjadi saksi Hana terus hanyut di dalam lenanya di dalam kelas yang sunyi sepi
itu. Cahaya matahari yang kian menyuluh ke wajahnya juga tidak langsung
mengganggu tidur Hana yang terus nyenyak itu.
“Tengok tu...,” Hafiz
menjuihkan bibirnya ke satu arah apabila pintu dikuak.
“What?!It’s her right?,” Zafran yang turut berada di dalam kumpulan itu
memandang kepada sebuah meja yang berhampiran dengan tingkap di dalam kelas
itu.
“Kita salah kelas ke?Tak
kan?,” Syamsul yang sudah berada di
dalam kelas melangkah keluar semula untuk menyemak jadual yang tertera di
dinding di luar kelas.
“Salah kelas apanya. Bukan korang tak tahu perangai si
Sleeping Ugly ni. Kat mana-mana pun dia boleh landing cantik punya!Silap-silap
kat tengah padang tu pun boleh,” tingkah Zafran sambil mula mengatur langkah.
“Hei!Kau nak buat apa
tu?Biar je la. Nanti dia bangunlah tu,” Hafiz mula berasa cuak apabila melihat
kawannya yang sudah tersenyum-senyum.
Langkah kaki Zafran terhenti seketika apabila mendengar kata-kata Hafiz.
“Apa kau cakap?Bangun?Kau
tak ingat waktu orientasi dulu tu?Kalau tak ada er..apa nama minah tu?,” Zafran
memetik-metik jarinya cuba untuk mengingati nama pelajar perempuan itu.
“Entah,” Hafiz
menjungkitkan bahunya.
“Ah!Whatever la nama minah tu. Kalau tak ada minah tu
yang kejutkan, mana la si Ugly ni tahu nak bangun. Kan?,” tutur Zafran. Kakinya
mula melangkah semula mendekati meja di mana Hana sedang berada.
“Dah tu?Wei!Apa yang kau
nak buat tu?,” Hafiz menggeleng-gelengkan kepalanya. Edi yang sedari tadi
memerhati mula tertawa apabila sudah mengagak tindakan yang bakal dilakukan
oleh kawan mereka itu.
“Betullah kita tak salah
ke..,” Syamsul yang baru melangkah semula ke dalam kelas tidak meneruskan
kata-katanya apabila memerhati Zafran yang sudah berdiri di depan meja Hana.
“Apa yang dia nak buat
tu?,” Syamsul menyiku lengan Hafiz.
“Wei!Kau ni..agak-agak la!,” Hafiz bersuara tanda protes.
Edi yang sudah mengambil tempat duduk di belakang kelas mula membuka mulut.
“Biarlah!Bukannya salah
pun. Go on Zaf!,” ujar Edi seakan-akan memberikan semangat dan galakan kepada
kawan mereka untuk melaksanakan hajatnya itu.
Zafran yang sudah berdiri
di depan meja tersenyum sambil menegakkan ibu jarinya. Penutup sebotol air
mineral yang baru dibeli di kedai koperasi di kolej sebelum datang ke kelas,
mula dibuka.
“Kau nak..ish!Tak kan
la?,” Syamsul mengerutkan wajahnya apabila melihat botol air yang digenggam Zafran
sudah diangkat di atas kepala Hana yang masih tidur.
“Satu, dua, ti...,” bibir Zafran terus mengira dan botol
air yang sudah dicondongkan itu hanya menanti masa untuk melimpahkan isi
kandungannya.
“Tiga!.”
Terpinga-pinga Hana apabila sesuatu yang dingin menyapa wajahnya. Dia yang
terkejut terus bangun sambil menyapu-nyapu wajah dan tudungnya yang sudah
basah.
Zafran dan Edi yang berasa
lucu mula meledakkan ketawa mereka.
“Hei!Apa ni?!,” Hana memandang kepada Zafran yang tercegat di depan
mejanya.
“Apa ni?Kau tak tahu ke?Ni
air la. Air mineral. Aku baru beli tadi. Kau untung tau sebab ni air je. Kalau
asid?,” Zafran terus tertawa apabila melihat wajah Hana yang basah dengan
airnya yang hampir separuh dihabiskan ke atas gadis itu.
“Kalau asid lebur la jawabnya!,”
tingkah Edi yang berada di belakang kelas.
Hana terdiam. Tangannya terus menyapu air yang masih bersisa di wajah.
Sesekali lengan baju kurungnya turut dilapkan ke muka untuk mengeringkan air.
Dia memandang geram kepada
Zafran yang terus tertawa gelihati. Kemudian, dia memandang sekeliling kelas
mencari siapa lagi yang masih berada di situ. Kelibat Hafiz dan Syamsul yang
berada di satu sudut jelas kelihatan sedang memandang ke arahnya. Edi yang
sedang tertawa juga dapat dilihat oleh matanya.
Hana yang mula berasa malu
mula mengemas nota-notanya yang sebahagiannya turut terlempias hajat jahat
Zafran tadi. Dia ingin segera meninggalkan bilik kelas tersebut. Untung sahaja
hanya mereka berlima yang berada di situ. Kalau tidak, dia yakin pastinya suasana
akan lebih gamat lagi.
“Itulah..siapa suruh
tidur. Tidurlah lagi. Sana sini kau boleh tidurkan?.”
Celoteh Zafran tidak diendahkan. Hana terus memasukkan nota-notanya ke
dalam beg.
“Ala..tak kan kau marah
kut Ugly?Relaks la. Kalau bukan kau penyeri kat UiTM ni, siapa lagi kan?Betul
tak?.”
“Ya lah. Betul tu. Dah la
kau tak cantik. Kalau marah lagilah bertambah tak cantik!.”
Suara Edi yang menjadi penyokong setia terus menyahut dan menokok tambah
kata-kata kawannya itu.
Hana terus bergegas
melangkah menuju ke pintu dan mula melangkah keluar yang bingit dengan gelak
ketawa Zafran dan Edi. Tiba di luar, sakit hati yang ditahan mula membuatkan
kelopak matanya digenangi air.
“Apa salah aku?Aku tak
buat apa-apa pun kat dia orang,” getus hati kecil Hana. Kenapa Zafran tergamak
melakukan sedemikian rupa?Kalau sekali, bahkan dua kali, mungkin dia boleh
bersabar tapi ini adalah kali yang ketiga.
“Jaga kau Zafran!Aku akan
balas dendam!.”
Best ! X sbar nak tunggu pe tindakan hana tuk zafran .. nak lgy ..^^
ReplyDeletethanks Izza Farhana ;-) awak buat kita bersemangat untuk terus menulis..tetiba touching pula, huhu...terima kasih ya ;-)
ReplyDeleteBEST.
ReplyDeletetq baby mio ;-)
ReplyDeletekesian dia.. x baik la depe tu...
ReplyDelete