Rayyan yang sudah berada
di anak tangga terakhir mula mengerutkan wajahnya apabila mendengar suara-suara
dari meja makan. Perlahan-lahan dia mula mengatur langkah memanjat semula
tangga untuk menuju ke biliknya.
“Eh!Tu pun Rayyan,
Uncle!.”
Terhenti langkah kaki Rayyan apabila mendengar suara jeritan kecil daripada
Shasha.
“Come Rayyan. Joining us
for breakfast,” suara ayah Rayyan, Tan Sri Rashid pula kedengaran di hujung
telinga Rayyan.
Satu keluhan kecil
dilepaskan oleh Rayyan seiring dengan langkahnya yang diatur perlahan menghala
ke meja makan. Sempat matanya memerhati senyuman yang diberikan oleh Shasha
yang sudah berada di situ.
“Duduklah,” pelawa Puan
Sri Harlina, ibu tiri Rayyan apabila melihat kelibat anak tirinya itu yang
sudah berada di meja makan.
Rayyan terus membatukan
diri sambil tangannya menarik sebuah kerusi yang berhampiran dengan ayahnya.
Mata Tan Sri Rashid terus merenung anak lelakinya itu.
“Roti?,” pelawa Puan Sri
Harlina kepada anak tirinya sambil memberikan sekeping roti yang sudah siap
disapukan mentega kacang.
Rayyan hanya menggelengkan
kepalanya apabila melihat roti yang diberikan oleh ibu tirinya itu. Tangannya
mencapai seteko air yang berada di atas meja.
“Flight kamu esok kan?,”
tegur Tan Sri Rashid sebaik Rayyan selesai menuang air ke dalam cawan.
“Lusa,” jawab Rayyan sambil mengerling sekilas kepada
ayahnya. Ish!Bila penerbangannya langsung ayahnya tidak ingat tetapi kalau
pasal bisnesnya?
“Lusa la abang. Apa la
abang ni?Itu pun tak ingat. Tengok muncung Rayyan tu..,” Puan Sri Harlina
mencuit lengannya diiringi tawa kecil daripadanya dan juga Shasha.
Hati Rayyan langsung tidak
tercuit dengan kata-kata ibu tirinya itu. Tangannya sekali lagi mengangkat
cawan untuk menyisip air Nescafe itu untuk kali keduanya.
“Maaf la Rayyan. Babah
ingatkan esok penerbangan tu,” ujar Tan Sri Rashid untuk mengambil hati anaknya
yang langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi sedari tadi.
“That’s ok Ba. Bukannya
penting pun kan?,” mendatar suara yang lahir dari bibir Rayyan. Air yang masih
berbaki di dalam cawan terus dihabiskan.
Terdiam Tan Sri Rashid
apabila mendengar bicara anaknya itu. Raut wajah tenang Rayyan terus ditatap.
Ke mana arah bicara anak bujangnya itu?Jujur atau tidak?Tiada langsung memek
wajah Rayyan yang boleh dibaca untuk menterjemahkan perasaannya.
“Tak makan?Tak kan minum
je?,” bebola mata Tan Sri Rashid melirik sosok tubuh Rayyan yang sudah bangun
meninggalkan kerusi di meja makan.
“Tak pe la. Kenyang,” jawapan yang keluar dari bibir
Rayyan seiring dengan langkah kakinya yang diatur menuju ke anak tangga.
Pandangan mata Tan Sri
Rashid terus memerhati kelibat Rayyang yang semakin menghilang apabila menapak
anak tangga. Dia mula mengeluh perlahan mengenangkan sikap anak tunggalnya yang
tidak lagi seperti dahulu. Apa yang tidak kena?
“That’s ok dear. Nanti
tahulah I macam mana nak pujuk dia, ok?,” jari-jemari Puan Sri Harlina merayap
perlahan mengusap lengan suaminya. Tiada kata yang dapat diungkapkan oleh Tan
Sri Rashid. Fikirannya mula berkecamuk apabila memikirkan satu demi satu
masalah yang bersarang di dalam lubuk hatinya.
“Makanlah. Nanti lambat
pula abang nak masuk pejabat,” tegur Puan Sri Harlina apabila melihat suaminya
yang masih merenung bihun goreng yang masih berbaki di dalam pinggan.
“Dah kenyang. Saya pergi
dulu. Er..nanti awak...”
“Ya, saya akan tengok-tengokkan Rayyan tu. Ada la tu
masalah agaknya. Nanti saya tanya, ya?,” Puan Sri Harlina tersenyum sambil
bingkas bangun daripada kerusi.
“Tak pe. Awak temankan
Shasha,” Tan Sri Rashid menghalang isterinya untuk menghantar pemergiannya
hingga ke muka pintu. Sempat bibirnya menghadiahkan sebaris senyuman buat
Shasha yang terus melekat di kerusi sedari tadi.
“Ya la. Hati-hati ya.”
Puan Sri Harlina yang selesai bersalaman dengan suaminya
terus memerhati kelibat Tan Sri Rashid sehingga menghilang. Sosok tubuh
suaminya yang sudah tidak kelihatan di pandangan mata membuatkan senyuman yang
sedari tadi terukir manis di bibir Puan Sri Harlina, mula terhakis
perlahan-lahan.
“Mengada-ngada!,” desis
Puan Sri Harlina apabila punggungnya kembali dihenyak di kerusi. Shasha yang
sedari tadi tersenyum semakin mekar senyumannya apabila mendengar suara yang
lahir dari bibir emak saudaranya itu.
“Aik!Tadi kan ke aunty
cakap nak tengok Rayyan kan?Pergilah..,” lengan Shasha disikukan kepada lengan
makciknya itu.
“Kamu jangan nak cari pasal pagi-pagi ni Shasha!,” keras
suara yang dikeluarkan oleh Puan Sri Harlina kepada anak saudaranya. Sakit
hatinya yang ditahan-tahan sedari tadi dengan kelakukan Rayyan kini kembali
dididihkan dengan kata-kata usikan Shasha. Lebih-lebih lagi apabila telinganya
turut mendengar tawa kecil yang dilepaskan oleh gadis itu yang seakan-akan
mengejek dirinya.
“Kamu tu...”
Shasha yang sedang menghirup air di cawannya menoleh kepada Puan Sri
Harlina apabila mendengar kata-kata emak saudaranya itu.
“Sha?Kenapa pula?,”
selamba Shasha membalas sambil membesarkan matanya kepada Puan Sri Harlina.
Puan Sri Harlina mengerling sekilas ke arah anak tangga
sebelum kembali membuka mulutnya. Kini, adalah masa yang sesuai untuk
melepaskan soalan yang berlegar di dalam mindanya semenjak bangun seawal jam 7
pagi tadi. 7 pagi?Awal la tu buat Puan Sri Harlina!Selalunya pukul 10 atau 11
pagi adalah waktu untuknya memulakan hari.
“Kenapa kamu ada dalam
bilik kamu semalam?Apa dah jadi?,” Puan Sri memperlahankan suaranya seakan-akan
berbisik. Tidak ingin sesiapa mendengar akan perbualannya dengan Shasha,
sekaligus mengetahui akan apa yang dirancangkan selama ini.
“Apa dah jadi?Aunty
ni...buat-buat tak tahu pula. As usual, sebab tak jadi apa-apa la Sha ada dalam
bilik Sha. Kalau dah jadi..,” Shasha bersuara manja sambil mengangkat
keningnya. Kepala Puan Sri Harlina menggeleng perlahan. Menyesal kerana apa
yang diharapkan masih juga tidak berlaku.
“Kenapa kamu ni lembap sangat?Apa?Susah sangat ke nak
buat semua tu?,” desis Puan Sri Harlina sambil melemparkan jelingannnya sebagai
tanda tidak menyenangi akan khabar berita yang diberikan oleh Shasha.
Shasha turut mengerling
geram kepada emak saudaranya itu. Emosinya yang stabil sedari tadi mulai
tergugat apabila mendengar soalan yang diberikan oleh Puan Sri Harlina.
“Aunty ingat senang ke?Dah banyak kali tau Sha usaha tapi
dah tak jadi nak buat macam mana. Bukannya Sha tak buat apa yang aunty ajar tu
tapi tu..,” Shasha memuncungkan mulutnya ke arah anak tangga. Puan Sri Harlina
tidak menghiraukan kata-kata anak saudaranya itu. Bahkan, langsung tidak
melihat ke arah yang ditunjukkan oleh Shasha.
“Dia yang tak nak. Aunty tau apa yang dia cakap kat Sha
semalam?Classless. Classless!,” Shasha melepaskan geramnya. Geram yang
dipendamkan apabila mendengar kata-kata yang dilempiaskan oleh Rayyan kepada
dirinya semalam.
“So?Kalau dia cakap macam
tu, kamu nak menyerah?Nak biarkan?,” Puan Sri Harlina tersenyum sinis apabila
menatap seraut wajah Shasha yang mula menarik muncung.
“Bukanlah macam tu tapi..er..Sha pun tahu malu juga,” perlahan Shasha
meluahkan apa yang terbuku di dalam hatinya.
Puan Sri Harlina
melepaskan tawanya apabila kata-kata Shasha.
“Hei, come on!Normal la semua ni zaman sekarang. Kalau kamu tak ikat Rayyan
sekarang, bila lagi?Dia kat US nanti, lima enam tahun dan dalam tempoh tu, tak
mustahil kalau dia boleh jumpa someone. Kamu?Apa nak jadi dengan kamu?Cita-cita
kamu nak jadi menantu Tan Sri Rashid?Cita-cita kamu nak jadi somebody yang
dikenali?Emm?,” Puan Sri berhujah panjang sekaligus memberikan peringatan
kepada Shasha.
Shasha hanya meneguk air
liur. Menantu Tan Sri Rashid?Ya, itulah cita-citanya. Cita-cita yang mula
berputik apabila dia sering mengikut perkembangan usahawan Melayu berjaya itu
di media massa mahupun media cetak. Cita-citanya itu semakin menampakkan
harapan yang cerah apabila emak saudaranya ditakdirkan mengahwini lelaki
berjaya itu yang kematian isterinya. Pandangan mata Shasha jatuh kepada emak
saudaranya yang masih menikmati sarapan pagi.
“Ya, kalau aunty boleh,
aku pun mesti boleh tapi si Rayyan tu, jual mahal la pulak. Tak guna!.”
best nak lagi....tq.
ReplyDeleterupa2nya baby mio my 1st budak cute hari ni ;-) hehe..tq ya..nanti akak upload
ReplyDeletejahat la shasha and puan sri ni.. grr >:(
ReplyDelete