Saturday 21 December 2013

ISTERI AKU SLEEPING UGLY?! 13


Sekarang, tahun 2013
            “Ayah baliklah dulu. Tak payah tunggu orang” tutur Hana buat kesekian kalinya sebelum melangkah turun dari kereta milik ayahnya itu.
            “Ya lah, tahu. Hana dah cakap tadikan,” sahut ayahnya.
“Balik tau?Orang bukannya budak-budak lagi,” Hana membesarkan matanya. Tertawa kecil Pakcik Kamarudin dengan tingkah anak gadisnya itu yang juga merupakan satu-satunya permata hati dia bersama isteri.
“Nanti bila dah sudah, Hana telefon ayah ya,” pesan Pakcik Kamarudin. Siapa yang tidak risau dengan keadaan anaknya itu yang boleh terlelap di mana-mana sahaja?Lebih-lebih lagi dengan apa yang telah terjadi kepada anaknya itu kira-kira 7 tahun yang lepas.
“Kalau yang itu tak pe. Nanti Hana telefon tapi sekarang ayah kena balik dulu,” ujar Hana bersungguh-sungguh sebelum menutup pintu kereta. Pakcik Kamarudin menganggukkan kepalanya sebagai tanda jawapan.
Hana yang sudah beberapa tapak melangkah, menoleh semula ke belakang.
“Pergi, pergi..,”  desisnya perlahan. Siap dengan gerak tangan kanan persis ketika menghalau kucingnya yang berada di rumah.
            “Budak ni..,” Pakcik Kamarudin tersenyum sebaris. Nampak sangat anaknya itu inginkan dirinya untuk tidak berada di situ pada pagi itu. Enjin kereta yang baru sahaja dimatikan, dihidupkan semula setelah memerhati Hana yang masih belum melangkah masuk ke dalam bangunan tersebut.
            Hana yang kemas mengenakan baju kurung dengan selendang biru muda yang berwarna sedondon dengan bajunya itu, tersenyum senang hati setelah melihat kereta ayahnya yang sudah melepasi pintu pagar.
            Dia yang kini sudah berusia 27 tahun mula membuang langkah memasuki Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis itu yang terletak di Persiaran Wawasan, 01000 Kangar. Siap alamat lengkap lagi!
            Sekeping kertas yang disimpan di dalam failnya sejak minggu lepas, mula dikeluarkan.
            “Tingkat 2 kan?,” gumam Hana seorang diri. Kaki mula diatur menuju ke sebuah kaunter. Kaunter pertanyaan la tu.
            “Assalammualaikum cik. Tumpang tanya, memang betul kan alamat ni?,” Hana menghulurkan kertas yang berada di tangan. Seorang wanita yang sedang duduk di kerusi di kaunter itu tersenyum manis.
            “Waalaikummussalam,” sahut wanita berkenaan yang berusia 30-an sebaik kertas bertukar tangan. Kertas diteliti seketika.
            Hana yang memang sudah tahu bangunan berkenaan sekadar bertanya bagi memastikan yang dia memang tidak tersilap tempat. Matanya merayap memerhati sekeliling. Bangunan yang turut dikenali sebagai Mini Putrajaya oleh penduduk setempat itu kelihatan begitu moden di pandangan matanya. Biarpun tidak sebesar Putrajaya yang sebenar, mungkin ia mendapat jolokan namanya kerana ini merupakan pusat pentadbiran bagi negeri Perlis.
            “Adik, betul inilah tempatnya. Adik kena pergi ke tingkat dua ya,” tutur wanita berkenaan seraya menghulurkan kembali kertas itu kepada Hana.
            “Terima kasih cik,” sahut Hana berbahasa. Adik?Dia dah 27 tahun tau!Tapi kenapa wanita tersebut membahasakannya adik? Dia mula menguntumkan senyuman. Yes!Dia nampak mudakan?Kalau dia nampak tua, mesti wanita tersebut memanggilnya kakak. Kan?
            Kaki mula berjalan menuju ke lif. Sempat Hana menoleh ke belakang memeriksa keadaan sekeliling. Kenapa hanya dia seorang sahaja?Tidak ada yang lain ke?
            Hana mula melangkah ke dalam  lif. Butang yang tertera nombor 2 ditekan untuk membawanya ke pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis itu. Tiba di aras berkenaan, Hana melangkah keluar. Dia menoleh ke kiri. Kosong. Ke kanan pula dipandang. Kelihatan seorang lelaki di sebuah meja.
            Fail dipeluk kemas sambil kaki mula melangkah lagi menuju ke meja berkenaan.
“Assalammualaikum,” ucap Hana kepada lelaki tersebut yang agak sibuk meneliti beberapa helaian kertas.
            “Waalaikummussalam. Temuduga L29?,” lelaki tersebut mendongak memandang kepada Hana yang tercegat di depan mejanya. Bagaikan sudah mengetahui, soalan itu dilontarkan.
            “Ya, ini suratnya,” Hana menghulurkan surat tawaran yang turut diserahkan kepada wanita di kaunter pertanyaan tadi. Lelaki tersebut menyambut tanpa banyak soal. Seorang lagi calon telah datang melaporkan diri. Nama gadis itu dicari di antara puluhan nama yang sudah tercetak di atas kertas.
            “Ok. Awak nombor dua ya. Duduk dulu. Nanti bila dah dipanggil baru masuk. Kat sana ya,” lelaki tersebut menunjuk ke satu arah sebelum menyerahkan kembali surat tawaran tersebut.
            “Terima kasih.” Hana mula melangkah ke arah yang ditunjukkan. Terdapat deretan kerusi  yang telah disusun di luar sebuah pintu.
            “Panjangnya!,” desis Hana apabila memerhati deretan yang terbentuk. Kerusi pertama yang terletak paling hampir dengan pintu tiada penghuninya. Hanya sebuah fail dan telefon bimbit yang ditinggalkan di situ.
            “Mana tuannya?Berani dia tinggalkan barang-barang dia macam tu je?,” Hana memandang sekeliling. Tiada sesiapa pun yang kelihatan kecuali lelaki yang bertugas di meja tersebut. Hana mula melabuhkan punggungnya di kerusi yang kedua. Dadanya yang sedikit berdebar cuba dikurangkan dengan menambil nafas dalam-dalam.
            Sudahlah Hana. Inikan temuduga kau yang ketiga. Apa yang nak ditakutkan lagi?Macamlah tak ada pengalaman sebelum ini kan?Dia cuba memujuk diri sendiri.
            Seseorang yang mengambil tempat di sisi kanannya mencuri tumpuan mata.
“Awak yang kedua?,” seorang perempuan yang baru sahaja menduduki kerusi yang ditinggalkan tadi melontarkan soalan.
            “Ya,” jawab Hana sepatah sambil menganggukkan kepalanya.
“Saya pergi tandas tadi,” beritahu perempuan tersebut tanpa dipinta. Hana tersenyum sebaris. Apa lagi yang nak dikatakan?
            Hana memerhati perempuan tersebut yang khusyuk membaca sebuah buku. Sempat matanya mencuri pandang tajuk buku yang sedang dipegang oleh perempuan tersebut yang tidak diketahui namanya itu.
            “Malaysia Legal System,” Hana menggumam perlahan. Walaupun tidak pasti mukasurat mana yang menjadi pilihan perempuan tersebut tetapi Hana berani katakan pastinya topik mengenai kehakiman dan mahkamah-mahkamah yang terdapat di dalam Malaysia ini menjadi sumber bacaan perempuan tersebut yang kelihatan muda beberapa tahun berbanding dirinya.
            Hana mengeluh perlahan. Terasa lambat waktu berlalu pada pagi itu. Sungguh, dia tidak betah untuk terus berlama-lama tanpa melakukan sebarang aktiviti. Duduk dan terus menunggu. Jam di pergelangan tangan dikerling sekali lalu.
            Jarum yang menunjukkan tepat pukul 8 membuatkan Hana mula menguntumkan senyuman. Temuduga yang dijadualkan bermula pada pukul 8 pagi itu akan bermula bila-bila masa sahaja dari sekarang.
            “Macam nak ambil exam pula,” desisnya perlahan.
Exam?UiTM?Ah!Kenapa nak diingatkan lagi semua perkara yang telah berlalu itu?Dah hampir 7 tahun sudah kan?Biarkanlah. Hana memujuk lagi dirinya sendiri.
            Benarkah semuanya sudah berlalu?Ya, masa memang berlalu tapi tidak peristiwa itu. Kejadian yang masih terpatri kemas di dalam mindanya.
            “Saya masuk dulu,” suara perempuan itu menarik perhatian Hana. Hilang peristiwa yang baru hendak di ulang tayang di dalam kepalanya.
            “Ya, good luck!,” Hana tersenyum kepada perempuan tersebut.
“Awak pun,” sempat lagi perempuan tersebut membalas. Dalam tak sedar, deretan kerusi yang sedarinya kosong sudah pun dipenuhi oleh calon-calon yang telah dipanggil untuk ditemuduga bagi mengisi kekosongan jawatan Pembantu Undang-undang gred L29 itu. Jawatan yang diletakkan di bawah Jabatan Peguam Negara itu sememangnya menjadi pilihan utama buat bekas penuntut-penuntut Diploma Pentadbiran Awam seperti dirinya.
            Hana memerhati rata-rata calon yang sibuk membaca. Ada yang memegang buku, ada juga yang memegang beberapa helaian kertas di tangan mereka. Tidak ubah persis situasi ketika ingin melangkah masuk ke dalam dewan untuk menduduki peperiksaan. Ala, peperiksaan lagi!Sudahlah Hana.
            “Ai!Apa nak jadi ni?,” suara lelaki yang bertugas di kaunter menarik perhatian semua calon yang debar menanti.
            “Tengok tu. Main masuk macam tu je. Ingat!Nak masuk tu ketuklah dulu pintu tu. Bukannya susah sangat pun,” lelaki itu memuncungkan mulutnya ke arah perempuan yang baru sahaja menghilangkan diri ke dalam sebuah bilik.
            Ya, itu adalah satu tanggapan yang akan diberikan oleh para penemuduga kepada calon. Biarpun perkara kecil, mengetuk pintu sebelum masuk, tidak keterlaluan kalau dikatakan itu adalah perkara pertama yang akan dinilai oleh penemuduga nanti.
            Hana mengerling ke arah pintu. Mungkin ini adalah pengalaman pertama untuk perempuan tadi. Semestinya perasaan gementar menguasai diri. Ini adalah kali ketiga dia akan ditemuduga. Sepanjang 7 tahun ini, belum pernah dia bekerja secara tetap di mana-mana tempat. Paling lama yang dia mampu bertahan pun lebih kurang 3 bulan sebelum dia dipecat dari salah sebuah pasaraya di Kangar itu.
            Semuanya gara-gara waktu tidurnya yang tidak pernah mengenal masa dan ketika. Hatta tempat sekalipun.
            “Ok, awak boleh masuk sekarang.” Suara lelaki yang bertugas di kaunter menerjah ke pendengaran.
            “Terima kasih,” ucap Hana seraya menganggukkan sedikit kepalanya. Nafas ditarik dalam-dalam. Mata dipejamkan seketika. Tidak!Bukan sekarang. Jangan pejamkan mata Hana. Jangan sesekali!
            Tangan kanan dihayunkan ke pintu. Tidak terlalu kuat dan tidak juga terlalu perlahan. Cukup untuk didengari oleh sesiapa yang berada di dalam bilik tersebut.
            “Masuk!,” satu suara lantang kedengaran.
            Pintu mula dikuak. Sebaik kaki melangkah masuk, Hana menutup semula daun pintu berkenaan dengan tertib. Kaki mula diatur menuju ke sebuah meja di mana sudah ada dua orang lelaki yang akan menemuduga dirinya sebentar lagi.
            “Assalammualaikum cik,” ucap Hana dengan memandang kedua-dua orang lelaki tersebut.
            “Waalaikummussalam. Sila duduk,” seorang lelaki yang berumur 40-an menunjukkan sebuah kerusi kosong yang terdapat di depan meja. Mungkin kira-kira 1 meter jaraknya dari meja berkenaan.
            “Boleh saya tengok dokumen-dokumen yang dipinta?,” suara lelaki berkenaan kembali didengari  sebaik Hana melabuhkan punggungnya di kerusi.
            “Ya, semuanya ada di sini,” Hana bingkas bangun semula untuk menghulurkan fail yang mengandungi segala macam jenis sijil dari sekolah rendah sehingga tamat belajar di UiTM.  Sebaik fail bertukar tangan, dia mengambil semula tempat duduknya.
            Satu minit. Dua minit. Keadaan sunyi sepi. Hana menahan debaran di dada. Debaran yang kian menghebat apabila melihat resumenya sudah berada di tangan penemuduga itu.
            “Baiklah, Cik Hana Antasaha Kamarudin, am I right?,” penemuduga itu memulakan bicaranya. Hana tahu inilah saatnya dia akan dinilai.
            “Yes, sir,” sahut Hana sambil menganggukkan kepalanya sekali. Soalan demi soalan diajukan kepada dirinya. Apa yang dia tahu, dijawab dan cuba disampaikan dengan sebaik yang mungkin. Biarpun penemuduga yang seorang lagi itu, seorang lelaki yang sudah beruban kepalanya, mungkin berusia dalam lingkungan 50-an hanya mendiamkan diri sedari tadi, tetap dipandang oleh Hana ketika memberikan jawapan. Dia tidak mahu dilihat seolah-olah hanya berbual dengan penemuduga yang pertama sahaja.
            “Baiklah Cik Hana. Kalau tadi kita dah berbual pasal luar negara, sekarang kita berbalik ke dalam negara kita, negara Malaysia. Siapa Peguam Negara kita?.”
            Ini adalah pengetahuan umum. Di UiTM memang tidak diajar pun. Hana menghela nafas seketika.  Dia tahu jawapannya. Masakan tidak, dari piagam pelangggan sehinggalah kepada fungsi-fungsi Jabatan Peguam Negara telah dicari di ‘Google’ pada mingggu lepas lagi.
            Mata dipejamkan seketika. Terasa nyaman udara yang berada di sekelilingnya ketika ini. Hana menarik nafas. Debaran di dadanya sudah lama menghilang sejak berjaya menjawab soalan-soalan yang diaju oleh penemuduga tadi.
            Nafas diambil lagi. Selesa. Aman. Keadaan ini begitu mendamaikan. Kepalanya dirasakan ringan. Sungguh membahagiakan.
            “Ehem..Cik Hana?Cik Hana?.”
Suara siapa itu yang mengganggu dirinya?Tak nampakkah yang dia sedang bersantai begini?Cukup selesa. Wait!Tadi ada soalankan?Soalan apa ya?
            “Cik Hana!.” Suara itu lagi. Kali ini lebih lantang berbanding yang tadi.
            Ya, dia dah tahu. Itulah jawapannya.
            “Aaron Aziz!.”
Terlopong kedua-dua penemuduga itu dengan jawapan yang  lahir dari bibir calon yang sedang berada di depan mereka. Sudahlah tadi bukan main sedap dia tidur, sekarang ini jawapannya?Biar betul!
            “Pardon me. Aaron Aziz?.” Kali ini barulah kedengaran suara penemuduga yang kedua itu. Ohoo, dengar nama Aaron Aziz baru buka mulut ya?
            “Er..sorry?,” Hana bertanya kembali. Dia mengetap bibir. Otaknya cuba mencerna apa yang baru berlaku. Matanya terkebil-kebil. Ya Allah!Dia tertidur lagi ke?Malunya!Entah apa tanggapan yang diberikan kepada dirinya kini. Lambat-lambat wajahnya yang menunduk mulai diangakat.
            Kelihatan kedua-dua penemuduga itu tersenyum. Tidak!Entah-entah sedang menahan ketawa?Peguam Negara Malaysia, Aaron Aziz?Ish, ish!Hana, Hana, apa nak jadi ni?Sadis betullah!
            “I’m very-very sorry sir. I know the answer. It just that...” Hana mula menggelabah. Kenapa nama Aaron Aziz pula yang boleh terkeluar tadi?Adoi!Entah mana dia nak letakkan mukanya kini?
            “That’s okay Cik Hana. By the way, Cik Hana ni memang meminati aktor tersebut ke?,” penemuduga kedua mengangkat keningnya. Nak kena jawab ke?Ke dia sekadar mengusik?
            “Err...” Hana terjeda. Inilah kali pertama dia tidak dapat memberikan jawapan untuk penemuduga sejak dia bersoal jawab tadi. Entah berapa lama dia berada di dalam bilik itu dia sendiri tidak sedar.
            “Minat ke?,” penemuduga kedua itu masih mengajukan soalan yang sama. Lama berfikir, Hana mula membuka mulut.
            “Er..tak juga. Tak la minat sangat.”
“Habis tu, siapa yang Cik Hana minat?,” soalan masih diteruskan.
            Sudah!Dari isu-isu perundangan di dalam dan luar negara, kini kena mengadap isu-isu artis pula ke?
            “That’s okay. Saya saja nak tahu. Bab peguam negara itu, kami berdua yakin Cik Hana tahu jawapannya. Cuma saya tertanya-tanya kalau tak minat, kenapa nama aktor tersebut yang disebutkan tadi. So, siapa pelakon yang Cik Hana suka?.”
            Hana menghela nafas. Panjang berjela pula penemuduga kedua bercakap kali ini. Sebut je la Hana satu nama. Lepas ini, mesti dia akan diam, bisik hati Hana.
            “Hmm...Christian Bale.” Wah!Class kau Hana, aktor antarabangsa tu!
            “I see. So let me guess, filem lakonan dia yang Cik Hana suka mesti Batman, right?.”
Ish!Nak berteka-teki berbagai pula encik penemuduga kedua kita ini. Hana menghela nafas lagi. Mata mula mengerling kepada penemuduga pertama yang mengukirkan senyuman kepadanya seraya menganggukkan kepala. Seakan-akan menginginkan Hana untuk menjawab soalan tersebut.
            “Bukan. Saya suka Equilibrium dan Rescue Dawn. The Prestige pun ok juga,” jawab Hana jujur. Nah!Nak sangat jawapan kan?Sampai berkerut dahi penemuduga kedua itu dengan jawapan yang lahir dari bibir Hana.
            “Tak pernah dengar pun tajuk tu?.”
            “Ada. Bagi saya, ketiga-tiga buah filem tu lagi best dari Batman,” sahut Hana. Tidak berani dia untuk menokok tambah yang lain. Bukankah dia ke sini untuk ditemuduga bagi mengisi kekosongan jawatan Pembantu Undang-undang?Lainlah kalau untuk menjadi PA Christian Bale!
            “Macam tu..,” tukas penemuduga kedua perlahan. Kepalanya juga mengangguk sekali dua. Gadis di depannya berani menyatakan pendapatnya sendiri. Tidak terus ikut bersetuju dengan pandangannya. Bukan seperti calon-calon yang pernah berdepannya sebelum ini.
            “Cik Hana tahukan kalau Cik Hana lulus temuduga ini, Cik Hana dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan?.”
            Suara penemuduga pertama kembali didengari semenjak sesi soal jawab itu diambil alih oleh penemuduga kedua. Sekaligus, suasana yang lebih santai tadi kembali bertukar kepada suasana yang lebih formal.
            “Ya,” Hana pantas menjawab sambil matanya mengerling kepada penemuduga kedua.
            “Saya cuma...”
Hana berdebar menantikan kata-kata penemuduga berkenaan. Cuma apa?. Hana memandang kedua-dua penemuduga itu silih berganti. Kedua-dua penemuduga itu saling pandang memandang di antara satu sama lain. Mungkin hanya mereka berdua sahaja yang saling memahami bahasa isyarat yang sedang diberikan.
            “Macam inilah. Cik Hana balik dulu dan tunggu jawapan daripada kami. Saya pun bukannya doktor dan tidak adil untuk saya terus mengadili Cik Hana.”
            Riak wajah tenang milik Hana mula berkerut sebaik mendengar kata-kata penemuduga berkenaan. Apakah maksudnya?Dia bukan doktor?Nak mengadili?Apa ni?!
            “Betul tu. Kami berdua yakin dengan Cik Hana tapi apa pun, Cik Hana kena lulus juga ujian untuk pemeriksaan kesihatan tu. Kalau itu pass, everything should be all right,” tambah penemuduga kedua.
            Hana terkebil-kebil. Tidak tahu patah perkataan yang harus diucapkan. Kalau dia gagal di dalam temuduga ini, kenapa kedua-dua penemuduga ini seakan-akan memberikan signal yang positif kepadanya?Kalau positif kenapa pula isyaratnya bercampur baur?Arghh!!!
            “Ya lah.” Akhirnya itu yang terkeluar dari bibir Hana. Dia mengangguk perlahan.
            “Kalau macam tu, sampai sini saja. Terima kasih kerana sudi datang,” ucap penemuduga kedua seraya menghulurkan fail kepada Hana.
            Hana bingkas bangun. Tangan mula dihulur bagi menyambut kembali fail yang diberikan sebelum mula ditemuduga.
            “Terima kasih juga atas masa encik berdua,” tutur Hana seraya menganggukkan sedikit kepalanya sebagai tanda menghormati kedua-dua penemuduga itu. Kelihatan kedua-dua lelaki itu tersenyum sambil memberikan anggukan kepala.

            Hana mula mengatur langkah ke pintu. Debarannya yang sudah hilang kini diganti dengan satu pertanyaan. Bolehkah jawatan ini menjadi miliknya kelak?Kalau berdasarkan respons kedua-dua penemuduga tadi, jawapannya seakan-akan ya tetapi kenapa jawapan ‘tidak’ itu seakan-akan ingin mengambil tempat juga?Serabutnya!






9 comments:

  1. Aaron Aziz??? Kelakar giler! :-D

    ReplyDelete
  2. hehe..itulah, tidur lagi habis terkeluar nama aaron;-) tq miss imaginative sudi komen, hargai sangat2..luv u!

    ReplyDelete
  3. Ap jdi dgn final exm dy b4 ni yg kne thn dgn penjaga exm?

    ReplyDelete
  4. itu ada..saya tak lupa, simpan untuk surprise kan rina bila hana jumpa dengan dia balik..so kalau nak tahu hana fail ke tak, tungguuu;-) hehe..tq nor sudi follow cite ni n ambik masa untuk drop ur comment, tq sangat2, luv u!!

    ReplyDelete
  5. salam...
    best la cerita ni. saya juga dah ade novel aku dia & .com dan my miss.kedua-dua novel tu pun best gak.rasa x sabar nak tunggu sanbungan cerita ni.teruskan berkarya...

    ReplyDelete
  6. terima kasih rose roses di atas sokongan anda..really2 appreciate that;-) luv u!!!

    ReplyDelete

EH, EH..ADA ORANG NAK BAGI KITA KOMEN?YEAYYY!!!