Monday 30 December 2013

ISTERI AKU SLEEPING UGLY?! 17


Puas membuang pandangan ke luar tingkap bilik pejabatnya memerhati pergerakan trafik di jalan-jalan yang berselirat di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur, Rayyan melangkah menuju ke kerusi dan mengambil tempat di situ. Raut wajah Puteri yang datang bertamu membuatkan Rayyan pantas mencapai I-Phone miliknya yang terletak di atas meja.
            Belum pun sempat hendak membuat panggilan, gadjetnya terlebih dahulu berbunyi menandakan adanya pesanan ringkas yang baru diterima.
            ‘Sorry sayang. I ada photoshoot hari ni. Tak jadi nak lunch sama-sama dengan you. Next time ya?’.
            Pesanan itu dibaca perlahan dengan nada yang kecewa. Hasrat yang baru ingin diluahkan nampaknya sudah pun diberikan jawapan awal oleh Puteri. Bunyi suara dari interkom menarik perhatian Rayyan.
            “Encik, sebentar lagi kita akan ada mesyuarat bersama-sama dengan Tan Sri. Ada apa-apa ke yang mungkin cik perlukan?.” Suara Cat, setiausahanya kedengaran jelas di talian.
            “Hmm..tolong bawakan saya fail urusan jual beli tanah dengan AZ & Co and by the way Cat, pukul berapa ya meeting tu?,” soal Rayyan cuak. Maklumlah, ini adalah hari pertamanya bekerja. Jadi, dia tidak ingin kalau prestasinya hanya akan menghampakan harapan babahnya nanti.
            “Pukul 11 nanti Encik Rayyan.”
            “Emm..ok. Jangan lupa bawakan saya fail tu ya,” sekali lagi Rayyan memperingati setiausahanya itu.
            “Ya, baiklah. Ada apa-apa lagi yang Encik Rayyan perlukan?.”
            “No. Thanks!.” Satu butang ditekan bagi menamatkan perbualan mereka. Keluhan kecil dilepaskan sebaik menyandarkan kepalanya di kerusi. Sudahlah dia tidak dapat makan tengah hari dengan Puteri, sekarang dapat berita yang dia kena bermesyuarat dengan bababnya nanti. Cantiklah tu!
            Beberapa minit menunggu, akhirnya kedengaran bunyi ketukan di pintu.
“Masuk!,” Rayyan membuka mulutnya. Ish!Kalau ya pun tak jadi jumpa Puteri, kawallah sikit diri kau bro!. Rayyan berdehem sekali dua bagi menenangkan dirinya sendiri. Sebaik pintu dikuak, kelihatan Cat yang mengenakan kemeja berlengan pendek merah jambu yang dipadankan dengan skirt pendek paras lutut berwarna hitam melangkah masuk dengan fail di tangan.
            “Selamat pagi Encik Rayyan. Ini fail berkenaan urusan pembelian tanah bersama-sama dengan AZ & Co,” ujar Cat seraya meletakkan sebuah fail di atas meja.  Rayyan mula mencapai fail berwarna hitam itu dan mula menyingkap untuk mengetahui isi-isi penting yang sebelum ini hanya didengar dari mulut babahnya sahaja berkaitan usahasama dengan AZ & Co yang sedang diusahakan agar dapat direalisasikan menjadi satu kenyataan.
            Kelibat Cat yang masih setia berdiri di depan mejanya membuatkan Rayyan mula mendongakkan kepalanya.
            “Yes?Anything else?.” Nak buat kerja pun tak senang!Kenapa perempuan ni asyik memandang kepadanya?Ada apa-apa yang tak kena ke?Tahulah aku ni kategori yang boleh tahan juga. Bukan perasan tapi fakta. Ya, satu fakta dan hakikat kerana Rayyan Zikri memang mempunyai darah Inggeris dari sebelah arwah ibunya. Arwah datuknya sendiri seorang yang berbangsa Inggeris sebelum bertemu dengan arwah neneknya. Jatuh cinta, memeluk Islam dan kemudiannya berkhawin. Hasil perkhawinan itu, lahirlah ibunya yang kemudian berkhawin pula dengan babahnya. Syarikat Zikri Holding yang mengusahakan bidang perniagaan hartanah dan pembangunan yang dimulakan oleh arwah datuknya itu kini diwarisi dan diterajui oleh babahnya, Tan Sri Rashid.
            “Emm..saya ada bawakan sesuatu and I guess mesti Encik Rayyan akan suka,” tutur Cat dengan senyum simpulnya.
            “Really?Apa ya agaknya?.” Rayyan memerhati sesuatu yang sedang dipeluk oleh setiausahanya itu. Jangan-jangan sebuah fail lagi?Cantik!Bertambah kerjanya di hari pertama kan?
            “Ini..saya keluar dulu dan jangan lupa meeting tu, pukul 11 nanti,” ujar Cat sambil meletakkan sebuah majalah ke atas meja. Sempat lagi bibirnya mengingatkan perihal mensyuarat yang bakal berlangsung kelak sebelum melangkah meninggalkan ruangan pejabat anak lelaki Tan Sri Rashid itu.
            Majalah yang diletakkan di atas meja mula dicapai sebaik fail AZ & Co diletakkan. Muka hadapan majalah Fabuloustar itu ditatap dengan senyuman yang mula menghiasi raut wajah yang sedarinya serius.
            “Puteri..cantik!,” bibir Rayyan mula memuji kecantikan buah hatinya yang terpampang di muka depan majalah fesyen itu. Kepalanya menggeleng perlahan bagaikan tidak percaya dengan apa yang berada di tangannya kini. Ya, buah hati kesayangannya itu menjadi gadis penghias muka depan untuk majalah fesyen tersebut pada bulan itu.
            Jari-jemari Rayyan mula naik mengusap gambar berkenaan dengan senyuman yang masih tidak lekang dari bibirnya. Walaupun tidak dapat bersua muka tengah hari ini, kini hatinya yang kecewa terubat dengan adanya gambar Puteri yang dirindui itu di depan mata.
            Rayyan terus melirik memerhati sosok tubuh Puteri yang mengenakan dress separa lutut itu. Wajah kekasih hatinya itu kelihatan cukup gembira dan berseri-seri di dalam gambar berkenaan. Melihat senyuman kekasih hatinya itu, senyuman Rayyan turut bertambah mekar. Hilang  niatnya yang ingin meneliti butir-butir perihal AZ & Co sebentar tadi sebaik menatap majalah yang kini sudah berada di dalam genggamannya.
            Sesuatu yang terlintas membuatkan Rayyan bagaikan tersentak dari angan-angannya. Mimpi indahnya untuk bersama-sama membina mahligai cinta dengan Puteri terasa direnggut pergi. Gambar kekasih hatinya itu ditatap dalam-dalam. Pelbagai telahan yang tidak dieenak terasa cuba memenuhi ruang fikirannya kini.
            “Would you marry me Puteri?.” Soalan dilepaskan kepada gambar yang bisu. Majalah itu dilepaskan semula ke meja tapi bebola matanya masih lagi setia menatap muka depan majalah fesyen itu.
            “You akan khawin dengan I kan Put?.” Rayyan melepaskan soalan itu kepada siling pula sebaik menyandarkan kepalanya ke kerusi. Ish!Angau teruk betul kau ni Rayyan!Apa susah?Ajak je la dia khawin. Dia kan sayang kat kau jugakan?Tapi kenapa hatinya terasa semacam?Ah!Perasaan je tu agaknya. Rayyan meraup muka dengan kedua tapak tangannya. Dia perlu bertenang untuk menghadapi mesyuarat pertamanya nanti.

 

5 comments:

EH, EH..ADA ORANG NAK BAGI KITA KOMEN?YEAYYY!!!