Tuesday 17 December 2013

ISTERI AKU SLEEPING UGLY?! 7


            Rayyan yang sudah berada di anak tangga terakhir mula mengerutkan wajahnya apabila mendengar suara-suara dari meja makan. Perlahan-lahan dia mula mengatur langkah memanjat semula tangga untuk menuju ke biliknya.
            “Eh!Tu pun Rayyan, Uncle!.”
Terhenti langkah kaki Rayyan apabila mendengar suara jeritan kecil daripada Shasha.
            “Come Rayyan. Joining us for breakfast,” suara ayah Rayyan, Tan Sri Rashid pula kedengaran di hujung telinga Rayyan.
            Satu keluhan kecil dilepaskan oleh Rayyan seiring dengan langkahnya yang diatur perlahan menghala ke meja makan. Sempat matanya memerhati senyuman yang diberikan oleh Shasha yang sudah berada di situ.
            “Duduklah,” pelawa Puan Sri Harlina, ibu tiri Rayyan apabila melihat kelibat anak tirinya itu yang sudah berada di meja makan.
            Rayyan terus membatukan diri sambil tangannya menarik sebuah kerusi yang berhampiran dengan ayahnya. Mata Tan Sri Rashid terus merenung anak lelakinya itu.
            “Roti?,” pelawa Puan Sri Harlina kepada anak tirinya sambil memberikan sekeping roti yang sudah siap disapukan mentega kacang.
            Rayyan hanya menggelengkan kepalanya apabila melihat roti yang diberikan oleh ibu tirinya itu. Tangannya mencapai seteko air yang berada di atas meja.
            “Flight kamu esok kan?,” tegur Tan Sri Rashid sebaik Rayyan selesai menuang air ke dalam cawan.
“Lusa,” jawab Rayyan sambil mengerling sekilas kepada ayahnya. Ish!Bila penerbangannya langsung ayahnya tidak ingat tetapi kalau pasal bisnesnya?
            “Lusa la abang. Apa la abang ni?Itu pun tak ingat. Tengok muncung Rayyan tu..,” Puan Sri Harlina mencuit lengannya diiringi tawa kecil daripadanya dan juga Shasha.
            Hati Rayyan langsung tidak tercuit dengan kata-kata ibu tirinya itu. Tangannya sekali lagi mengangkat cawan untuk menyisip air Nescafe itu untuk kali keduanya.
            “Maaf la Rayyan. Babah ingatkan esok penerbangan tu,” ujar Tan Sri Rashid untuk mengambil hati anaknya yang langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi sedari tadi.
            “That’s ok Ba. Bukannya penting pun kan?,” mendatar suara yang lahir dari bibir Rayyan. Air yang masih berbaki di dalam cawan terus dihabiskan.
            Terdiam Tan Sri Rashid apabila mendengar bicara anaknya itu. Raut wajah tenang Rayyan terus ditatap. Ke mana arah bicara anak bujangnya itu?Jujur atau tidak?Tiada langsung memek wajah Rayyan yang boleh dibaca untuk menterjemahkan perasaannya.
            “Tak makan?Tak kan minum je?,” bebola mata Tan Sri Rashid melirik sosok tubuh Rayyan yang sudah bangun meninggalkan kerusi di meja makan.
“Tak pe la. Kenyang,” jawapan yang keluar dari bibir Rayyan seiring dengan langkah kakinya yang diatur menuju ke anak tangga.
            Pandangan mata Tan Sri Rashid terus memerhati kelibat Rayyang yang semakin menghilang apabila menapak anak tangga. Dia mula mengeluh perlahan mengenangkan sikap anak tunggalnya yang tidak lagi seperti dahulu. Apa yang tidak kena?
            “That’s ok dear. Nanti tahulah I macam mana nak pujuk dia, ok?,” jari-jemari Puan Sri Harlina merayap perlahan mengusap lengan suaminya. Tiada kata yang dapat diungkapkan oleh Tan Sri Rashid. Fikirannya mula berkecamuk apabila memikirkan satu demi satu masalah yang bersarang di dalam lubuk hatinya.
            “Makanlah. Nanti lambat pula abang nak masuk pejabat,” tegur Puan Sri Harlina apabila melihat suaminya yang masih merenung bihun goreng yang masih berbaki di dalam pinggan.
            “Dah kenyang. Saya pergi dulu. Er..nanti awak...”
“Ya, saya akan tengok-tengokkan Rayyan tu. Ada la tu masalah agaknya. Nanti saya tanya, ya?,” Puan Sri Harlina tersenyum sambil bingkas bangun daripada kerusi.
            “Tak pe. Awak temankan Shasha,” Tan Sri Rashid menghalang isterinya untuk menghantar pemergiannya hingga ke muka pintu. Sempat bibirnya menghadiahkan sebaris senyuman buat Shasha yang terus melekat di kerusi sedari tadi.
            “Ya la. Hati-hati ya.”
Puan Sri Harlina yang selesai bersalaman dengan suaminya terus memerhati kelibat Tan Sri Rashid sehingga menghilang. Sosok tubuh suaminya yang sudah tidak kelihatan di pandangan mata membuatkan senyuman yang sedari tadi terukir manis di bibir Puan Sri Harlina, mula terhakis perlahan-lahan.
            “Mengada-ngada!,” desis Puan Sri Harlina apabila punggungnya kembali dihenyak di kerusi. Shasha yang sedari tadi tersenyum semakin mekar senyumannya apabila mendengar suara yang lahir dari bibir emak saudaranya itu.
            “Aik!Tadi kan ke aunty cakap nak tengok Rayyan kan?Pergilah..,” lengan Shasha disikukan kepada lengan makciknya itu.
“Kamu jangan nak cari pasal pagi-pagi ni Shasha!,” keras suara yang dikeluarkan oleh Puan Sri Harlina kepada anak saudaranya. Sakit hatinya yang ditahan-tahan sedari tadi dengan kelakukan Rayyan kini kembali dididihkan dengan kata-kata usikan Shasha. Lebih-lebih lagi apabila telinganya turut mendengar tawa kecil yang dilepaskan oleh gadis itu yang seakan-akan mengejek dirinya.
            “Kamu tu...”
Shasha yang sedang menghirup air di cawannya menoleh kepada Puan Sri Harlina apabila mendengar kata-kata emak saudaranya itu.
            “Sha?Kenapa pula?,” selamba Shasha membalas sambil membesarkan matanya kepada Puan Sri Harlina.
Puan Sri Harlina mengerling sekilas ke arah anak tangga sebelum kembali membuka mulutnya. Kini, adalah masa yang sesuai untuk melepaskan soalan yang berlegar di dalam mindanya semenjak bangun seawal jam 7 pagi tadi. 7 pagi?Awal la tu buat Puan Sri Harlina!Selalunya pukul 10 atau 11 pagi adalah waktu untuknya memulakan hari.
            “Kenapa kamu ada dalam bilik kamu semalam?Apa dah jadi?,” Puan Sri memperlahankan suaranya seakan-akan berbisik. Tidak ingin sesiapa mendengar akan perbualannya dengan Shasha, sekaligus mengetahui akan apa yang dirancangkan selama ini.
            “Apa dah jadi?Aunty ni...buat-buat tak tahu pula. As usual, sebab tak jadi apa-apa la Sha ada dalam bilik Sha. Kalau dah jadi..,” Shasha bersuara manja sambil mengangkat keningnya. Kepala Puan Sri Harlina menggeleng perlahan. Menyesal kerana apa yang diharapkan masih juga tidak berlaku.
“Kenapa kamu ni lembap sangat?Apa?Susah sangat ke nak buat semua tu?,” desis Puan Sri Harlina sambil melemparkan jelingannnya sebagai tanda tidak menyenangi akan khabar berita yang diberikan oleh Shasha.
            Shasha turut mengerling geram kepada emak saudaranya itu. Emosinya yang stabil sedari tadi mulai tergugat apabila mendengar soalan yang diberikan oleh Puan Sri Harlina.
“Aunty ingat senang ke?Dah banyak kali tau Sha usaha tapi dah tak jadi nak buat macam mana. Bukannya Sha tak buat apa yang aunty ajar tu tapi tu..,” Shasha memuncungkan mulutnya ke arah anak tangga. Puan Sri Harlina tidak menghiraukan kata-kata anak saudaranya itu. Bahkan, langsung tidak melihat ke arah yang ditunjukkan oleh Shasha.
“Dia yang tak nak. Aunty tau apa yang dia cakap kat Sha semalam?Classless. Classless!,” Shasha melepaskan geramnya. Geram yang dipendamkan apabila mendengar kata-kata yang dilempiaskan oleh Rayyan kepada dirinya semalam.
            “So?Kalau dia cakap macam tu, kamu nak menyerah?Nak biarkan?,” Puan Sri Harlina tersenyum sinis apabila menatap seraut wajah Shasha yang mula menarik muncung.
“Bukanlah macam tu tapi..er..Sha pun tahu malu juga,” perlahan Shasha meluahkan apa yang terbuku di dalam hatinya.          
            Puan Sri Harlina melepaskan tawanya apabila kata-kata Shasha.
“Hei, come on!Normal la semua ni zaman sekarang. Kalau kamu tak ikat Rayyan sekarang, bila lagi?Dia kat US nanti, lima enam tahun dan dalam tempoh tu, tak mustahil kalau dia boleh jumpa someone. Kamu?Apa nak jadi dengan kamu?Cita-cita kamu nak jadi menantu Tan Sri Rashid?Cita-cita kamu nak jadi somebody yang dikenali?Emm?,” Puan Sri berhujah panjang sekaligus memberikan peringatan kepada Shasha.
            Shasha hanya meneguk air liur. Menantu Tan Sri Rashid?Ya, itulah cita-citanya. Cita-cita yang mula berputik apabila dia sering mengikut perkembangan usahawan Melayu berjaya itu di media massa mahupun media cetak. Cita-citanya itu semakin menampakkan harapan yang cerah apabila emak saudaranya ditakdirkan mengahwini lelaki berjaya itu yang kematian isterinya. Pandangan mata Shasha jatuh kepada emak saudaranya yang masih menikmati sarapan pagi.

            “Ya, kalau aunty boleh, aku pun mesti boleh tapi si Rayyan tu, jual mahal la pulak. Tak guna!.”

3 comments:

  1. rupa2nya baby mio my 1st budak cute hari ni ;-) hehe..tq ya..nanti akak upload

    ReplyDelete
  2. jahat la shasha and puan sri ni.. grr >:(

    ReplyDelete

EH, EH..ADA ORANG NAK BAGI KITA KOMEN?YEAYYY!!!